Wednesday, November 28, 2012

Peralihan Kuasa



Ini theori seorang sahabat yang setahu aku tidak pernah khatam juzu' - juzu' daripada mana-mana kitab Ahadiat Akashah.

Mungkin lah, aku cuma teka. Malas mahu tanya soalan picisan. Aku sendiri pun belum pernah. Maklumlah, kononnya fragile.


"Relationship yang menuju retak, masih boleh diselamatkan dalam apa jua keadaan sekalipun, asalkan tidak melibatkan permasalahan yang dicetus pihak yang ke tiga"

Mahu atau tidak,aku harus anggukkan kepala. Ada kebenarannya disitu. Lazimnya, cinta segitiga akan mencipta gundah, pasrah dan silap haribulan ada kepala yang boleh pecah.

Tapi,

Itu kalau pasangan kamu hanya pandai main kayu tiga. Bagaimana pula jika wujud segiempat, pentagon, heksagon, heptagon dan seterusnya? Pastinya saat itu baru kamu sedar bahawa telahan kamu selama ini salah, macam kongsi jarum dadah. Dan jika kamu tiada wudhu' pada waktu itu berapa banyak leher yang kamu akan tarah?


Oh,sungguh meriah.


Dunia kini memang penuh dengan wayang-wayang indah. Jadi,elakkan diri daripada terlalu cepat melatah. Kalau mahu menyesal, tak perlu sehingga 11 kali untuk sesuatu tindakan yang sama. Tapi kalau kamu sanggup,tiada apa-apa yang salah.
Ingat, tragedi berdarah boleh buat kamu jadi lebih kental dan gagah. Guru geografi kamu pasti pernah membebel tentang mata angin bukan? Barat daya berapa darjah? Bila lagi mahu beralih arah?


Mistakes don't mean a thing if you don't regret them. So better pack your tactic toes for the winter. 

"kalau dah tak sayang, lepas la. Jangan kau ikat lagi.."



Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com