Sunday, June 30, 2013

Gebang



sayang sayang sekalian.

sayang nak bagi tau, yang sayang buzy sangat.
sayang taktahu nak bagitahu mcm mana tahap sayang buzy.
mohon sayang sayang sekalian beri masa sayang ini untuk memberi belaian pada sayang sekalian.
nanti.
pasti.
okey sayang?


oh ya. sayang sayang yang ada #twitter, bolehlah bersama sama bergelak mesra, sambil memenuhi ruang sana bersama sayang yang satu ini. kekalkan ukhwah yang berpanjangan org kata di samping mengeratkan silaturrahim ya


Wednesday, June 12, 2013

Bicarakan saja Sama Awan







Tak tahu macam mana tweet aku boleh terselit dalam blogger yang terkenal di indonesia ni.





Selain sebagai seorang blogger, beliau juga seorang pendengar yang setia dan juga pemberi 
nasihat yang baik . Kalau ini surat, aku tabur bedak wangi sorok bwah bantal. Tidur lena tiap-tiap malamnya.



p/s: terima kasih buat mas kiki yang sentiasa ada untuk memberi dorongan juga sokongan buat aku kadang-kadang juga aku pikir nasihat kamu itu ada masanya juga beerti dan mampu menyembuhkan hati yang merapuh, tiap-tiap jiwanya itu perlu ada rasa semangat bukan rasa putus asa. Yakin dengan kehendak kita sebagai manusia, insya'allah Tuhan pasti mendengar kita. Selamat berjuang ya mas kiki 








Saturday, June 8, 2013

Hadik!

Assalamualaikum!



Hari ni aku nak bercerita pasal adik. Adik aku ada dua orang. Satu yang besar & satu yang kecik. Dua-dua ni perangai macam ying yang, yelah sorang gelap sorang putih * warghh! kau bajet kau putih sangat ker?. Walaupun jarak umur mereka sangatlah besar iaitu 11 tahun, tapi sebab takda keserasian, maka bila dorang bergaduh tu, rasa macam sebaya jer. Sorang kaki sakat, sorang lagi kaki melalak. Hari-hari terpekik-pekik, kalau mapley dengar pon mesti depression. Tapi yang tak boleh blahnya, dendam kesumat camne pon, kalau main game mesti sama-sama. Masa tu jelah dorang akan berbaik-baik, yang suke nyakat jadi penyayang, siap peluk lambung-lambung si kecik tu banyak kali sebab geram. Yang kuat melalak tu, kemain gelak sakan kena lambung haha...


Tapi ini jam aku nak cita pasal Marsya. umur dia sekarang 4 tahun. Dia ni seorang budak yang genius dan angkuh. Masa mak aku ngandungkan aku & epoi, mak aku keje sebagai sorang tailor baju and seluar di sebuah kilang kain terkemuka masa tu. Tapi masa pregnant Marsya, mak aku dah jadi bussinesswoman instead tailor sepenuh masa . Kiranya, memang sepanjang pregnant si Marsya, mak keje tak berenti. Otak dia sentiasa berjalan. Taulah otak orang bisnes, potong buat baju macam mana kan. Lepas tu, famly kitorang boleh dikatakan agak senang la sekarang kalau nak compare masa zaman aku dulu.

Masa lahir-lahir dah merasa naik Viva sebelum kemunculan Vios. Mana tak angkuh budak ni. Kitorang dulu masa lahir naik kerete cap kuda je pon. (sory aku noob bab-bab kereta ni) Marsya ni memang genius, dia punya kemahiran berfikir style giler. Boleh bercakap masa umur dia 1 tahun, or less than that. Memang sangat-sangat cepat. Lepas tu words that coming out from his mouth memang loud & clear. Tak pelat & tak mumble.

Marsya ni aku kata genius sebab logical thinking dia bagus. Kalau beli barang yang do-it-yourself tu, lek je dia boleh pasang sendiri. Lepas tu, dia ada very strong memory. Apa yang kau cakap semua dia ingat. Kalau dia tak berapa nak ingat pon, dia akan ingat benda-benda yang related to it. So kau jangan la nak cari pasal dengan dia, sampai biler-biler la dia ingat kekejaman korang tu. Sebab dia ada kelebihan ini, maka dia selalu bongkak. Nak nak kalau dia betol, orang lain salah. Pehh modal sebulan. Asyik dia ulang-ulang ' tu lah kan adik dah cakap, tak caya sangat cakap adik'. Siap sindir tak menahan.

*******************


Lepas tu, Marsya ni pandai Mengira and membaca seawal umur 4 tahun. Sebab mak aku suka sangat beli buku untuk dia. Dia buat calculation dalam kepala jer. macam 1+1, and dia bole mengeja tanpa sekat-sekat. Kitorang dulu pun boleh kata still pakai tangan tau nak kira benda simple cenggini then mengeja kalau tak mumble dulu memang tak sah. Maka disebabkan dia ada kelebihan sebegitu, dia selalu merendah-rendahkan budak sebaya dia. Heh keji gila.

********************


Another interesting fact about Marsya, dia suka express pendapat dia. Kalau tanya apa-apa, dia akan jawab dengan jujur siap dengan explanation. He deliberates his words well. Tapi kadang-kadang sangat jujur sampai orang boleh sentap. Hahah. Anyway, disebabkan ayah aku suka tukar kereta, so kitorang one family selalu la cerita pasal kereta apa baru keluar, bla bla bla. Aku la yang paling loser sekali bab-bab ni sebab aku jarang amik tau sangat pasal kete. Ayah aku punya habit, bila dia driving, kalau dia nampak kete lawa/ mahal/ baru kat sidemirror dia, mesti dia cakap, 'kejap lagi, ada nissan baru lalu. baru kete ni, mahal'. Lepas tu, mesti Marsya orang pertama yang kutuk. " Tak lawa pun.."



Ada hari tu, mak aku bagi marsya duit RM2. Saje-saje jelah bagi sebab dia rajin tolong mak aku. So nak dijadikan satu cerita, sejak mak aku bagi duit, mak aku suka la mintak tolong amikkan itu ini. Sampailah permintaan yang ke-5 Marsya bersuara.

mak : Adik tolong, amekkan purse ma dalam bilik
marsya : ma adik tengah main game ni. suruh la along..
mak : heyp! kan ma dah bagi duit hari tu? dah bagi duit pon tak nak tolong ye
marsya : tapi ma bagi 2 hinggit, mintak tolong sampai 5 kali ! mana boleh!


akibatnya...aku yang kena pergi amek purse mak aku dalam bilik..bedebah punya budak

********************


Walaupun dia sombong dah berperangai macam orang besar, tapi at times, perangai dia macam budak-budak juga. Ada masa tu, aku amek dia balik dari tadika, tengok muka dia masam gila. Aku tanya, dia taknak jawab lepas tu mata dah berkaca. Alamak, aku tak bawak duit ni. Marsya ni kalau dia nangis atau buat perangai, cara nak pujuk dia, korang mesti ada duit. Korang kena bribe dia dengan slurpee or eskrim mcD. Baru dia berenti buat perangai. Aku konon-konon buat caring ah, siap peluk tanya kenapa.


aku : adik kenapa ni muka masam ni..meh cite kat akak meh
marsya : ...wuwuw...adik tak dapat masuk pertandingan buat bunyi haiwan.......
aku : ape tu? buat pe nak jadi haiwan?
marsya : ..wuwuw..kawan-kawan kena buat bunyik haiwan, nanti cikgu akan bagi hadiah...adik tak dapat hadiah..tapi kawan adik dapat...
aku : ish hape la cikgu adik ni, ade ke tak pilih adik!
marsya : (lagi lebat air mata dia)
aku : dah dah jangan nangis, cuba adik buat bunyi haiwan tu. Akak dengar.
marsya : uu uuk ukkk~~~
aku : bunyi apa tu?
marsya : ........ ayam la along........... (nangis lagi lebat)


Haha bukan salah aku, tapi siryes tak macam bunyi ayam. Anyway, dapat eskrim mekdi entah mana tangisan drama dia tadi tu. One more, adik aku ni pembuli tahap karma. Ada satu hari tu sampai cikgu suruh mak aku pergi tadika. disebabkan mak aku sangat la busy jadi aku la jadi mangsa kena angkut dia kat tadika. Cikgu dia cakap Marsya ni amik roti Daniel. Takde la amik banyak tapi biasa la budak-budak...


aku : kenapa adik amik roti dia? kan ma dah bagi adik bekal tadi.
marsya : adik just nak rasa je..( muka innocent giler)


sabar jela..lepas tu kalau pergi mall nampak beg, pencil case and etc, mesti dia cakap " ma beg tu kan macam kawan adik punya cantik je kan.." acah je kau cakap cantik padahal nak suruh mak belikan kan? tu dekat luar kalau dekat rumah, pantang epoi buat meggi, tinggal je kejap atas meja tup tup dah tinggal separuh. aku pulak pantang cekelat tinggal dalam peti ais bukan separuh, yang tinggal plastik terus. ni semua kerja budak bertuah tu la. like always marsya akan jawab " adik juz nak rasa je.." dik, akak dengan abang kau ni menyirap satu hari tau.

ewah seronok kau ngumpat adik kau ye mar, dia kecik lagi bukan tau pun pasal belog ni.
Apapun akak rindu sangat dekat adik tau!






Monday, June 3, 2013

I hate chu!

Assalamualaikum.


Lega sungguh tekak ini tatkala dibasahi dengan teh ais yang dibeli daripada kedai mapley.  Tension full report tak siap lagi, aku pon terasa seperti mahu berborak dengan anonymous. Release tension katanya.

Sebab nak sangat borak dengan anonymous makanya tadi aku tengah borak dengan Cleverbot. Well kononnya boleh berborak dengan robot aka artificial intelligence. Owh mesti dia bole jawab soalan bijak-bijak pandai kan?. Anyway, berikut adalah conversation aku dengan Cleverbot.




Bajet boleh release tension berborak dengan Cleverbot..hmmmp memang taklah kan. Menensyenkan lagi adalah, rasa macam nak lempang cleverbot ni lelaju tahap kuasa cahaya. Sampai hati dia kata aku hudoh macam hantu. See the spelling...'hudoh' ok bukan 'hodoh'. Ni memang betul-betul mencaci ni ! Betapa aku terasa terhina..mencik kau!


Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com