Wednesday, October 30, 2013

Busy nampak?



“Early in my career... I had to choose between an honest arrogance and a hypercritical humility... I deliberately choose an honest arrogance, and I've never been sorry.” ― Frank Lloyd Wright


Kan I pernah kata.


Rezeki datang dari Tuhan, bukan dari manusia.
Sekali sekala cubalah dengar cakap orang walaupun orang tu muda ke tua dari you.


Me sibuk sangat sekarang. Betul-betul sibuk. Walaupun kais pagi makan pagi, kalau tak kais memang tak makan. Seminggu sekali makan nasi, kadang-kadang makan ubi. Alhamdulillah, masih broke, tapi happy. Tapi kalau you masih terus-terusan nak meroyan tak tentu pasal, I sarankan you muhasabah diri sebelum pandai-pandai suruh I beli cermin untuk cermin diri. I sikit pun tak berkudis kalau you asyik potpet potpet belakang I pagi petang siang malam.


Cuma I nak cakap sikit, kalau cuba buat orang sakit hati, satu hari nanti yang diludah jatuh ke muka sendiri.
Janji manusia tak sama macam janji Tuhan. Ingat!


I pelik betul bila orang panggil I tak matang disebabkan perangai I, dahtu nak I jadi macam dia, ma gad! memang tidaklah...
Mungkin definisi matang bagi dia ialah bercinta dengan pengkid atau laki orang kot.


Eh?

Monday, October 28, 2013

#Love




Jarang tweet, bila dah tweet terlebih manis la pulak..alahai rindunya ♥








Friday, October 25, 2013

Release Pain in Vein




            Here's the challenge. List the that you hear. 

Quote the lyrics if necessary. 
Set, go.



Zedd ft.Miriam Bryant - Push Play
" You painted black upon the whitest lies, you've seen them fall, you have seen them rise.."



Justin Timberlake - That girl
" People always staring, but I don't even care nothing about it.."




Katy Perry - Birthday

" We're living the life, We're doing it right, You're never gonna be unsatisfied.."




Maliq & D Essentials - Yang Pertama

" Biarlah menjadi rahasia, Diantara semua, kaulah yang pertama yang aku cinta.."




Miley Cyrus - We can't Stop

Remember only God can judge ya,Forget the haters cause somebody loves ya.."




Brian Mcknight - Back At One
" You came and breathed new life, Into this lonely heart of mine..."



Rihanna ft. Mikky Ekko - Stay
" Funny you're the broken one but I'm the only one who needed saving.."



Sheila On7 - Pemuja Rahasia
"
Mungkin kau takkan pernah tahu, Betapa mudahnya Kau untuk di kagumi.."



Law - Lover's Tiff
" The changes we don't even try, that we can't even regonize, the weakness.."



They Will Kill Us All - Bright Light
" Waste your time hiding ones who love you to run wild, 
and I'm waiting for you come to me.."



Statik - Cerita Kita
Hanya Tuhan yang satu Yang Maha Mengetahui, Apa yang telah terjadi.."








Sunday, October 20, 2013

Simple as that..



Lelaki kan?

Tak boleh tengok perempuan cantik. Apalagi bila takda kekasih, punya laju dia hulur hati.

“I love you”

Murah harga cinta untuk lelaki hanya kerana perempuan itu tak ada siapa. Sebagai tanda, perempuan itu dicop: AKU PUNYA.

Ungkap rindu sekadar teman, tapi niat lain kalau-kalau boleh buat skandal.

Capai telefon bimbit,
text perempuan;

“hai sayang...”

Tak ada ikatan. Panggil orang sayang-sayang. Ludah untuk kata ‘I miss you’ tinggi-tinggi , bila rasa tak suka: DIAMKAN DIRI.

Cuba fikir seluasnya pada diri sendiri bahwa sebenarnya adalah murah harganya beri hati pada manusia.


Kemudian bila perempuan itu ada krisis lelaki senang hati cakap ;

“no matter what, I’m with you..”

Murahnya memberi hati pada manusia..

Friday, October 18, 2013

Awak kena Kuat!

Awak,
Teruslah menjadi orang yang gagah.

Nikmati hidup awak,
Nikmati makan awak,
Nikmati setiap suka aktiviti awak,
Nikmati relationship dengan orang sekeliling awak,
Dan awak akan menemukan bahagia.

Langkah selepas bahagia, selepas awak berjaya dan puas dengan pencapaian hidup awak, baru awak fikir tentang seseorang.

Tapi bukan seorang lelaki yang berstatuskan 'boyfriend' . Tetapi lelaki yang berstatuskan imam buat awak iaitu suami pada jalan hidup awak.

*tepuk bahu sendiri sambil sebut nama panjang*

Aku gagah menjadi seorang wanita! Aku bahagia menikmati setiap inci hidup aku sekarang!



Wednesday, October 9, 2013

Kalau tak suka, boleh jalan.

Aku tak tahulah apa masalah manusia sekarang. Makin besar, makin menjadi-jadi perangai. Menangis lagi tiap malam, mengenang. Setiap hari aku peluk lutut yang sama, cerita yang sama diulang tayang, penuh kesal. Jenis aku, memang tak ambik port sejak zaman Firaun lagi. Jenis aku memang disisihkan kononnya sebab aku malas nak amik tau apa benda orang suka cakap belakang ni, tapi itulah perangai aku fikir positif awal-awal. In the end, fikir balik. Ingat senang nak lupa apa orang mengata pasal kita, kadang-kadang yang jenis cakap depan pun menyentap perasaan jugak. Hairan pulak aku kalau kau kawan, kawan baik, kawan sebilik kalau aku hembus jenis tak bertapis jugak.


Dah aku diamkan, menjadi-jadi. Tahan, sabar, tahan lagi, sabar lagi. Aku cubalah fikir waras, cuba lapik lagi rasa hormat. Tak tenangnya aku belajar. Aku kena batalkan niat aku, dahulukan keperluan dari kehendak. Aku kena korbankan cita-cita aku untuk banyak benda yang tak perlu pun aku huraikan satu-persatu. Tapi kalau dah kalau hari-hari aku kena tengok benda yang sama menahan dugaan Tuhan dengan durjananya perbuatan manusia, tak kan aku kena duduk diam macam orang lain yang memang tak ambik peduli?


Kita ni doklah sibuk nak menjaga hati orang, nak belajar adab hormat, nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Nak aku biarkan, hati aku. Aku bukan tuli.


Ini dahlah tak pernah tanya khabar, tau-tau kerja complete depan mata baru kau rasa them deserve get kau orang punya pujian. Kadang-kadang yang belakang tadbir berabih macam-macam, bersusah-susah untuk kau, sedangkan kau tak tahu. Tahu cerita, terus condemn.
Condemn, condemn, condemn. "orang melayu kita" Jangan jadi keji sangat boleh tak?


How can I be so positive, how can I live in positivity when surrounded by all these negative bastards?
You tell me. Tell me rite now!


Orang kata yang muda disayangi, yang tua dihormati.
Ini kalau dah mintak kaki, takkan nak biar kena buli?


Orang berbudi, kita berbahasa.
Kalau orang dah tak sudi, tak kan kita tak faham bahasa?


Aku tak kisahlah orang tak ambik peduli. Sikit pun aku tak heran. Bukan sombong, bukan berlagak. Tapi hidup kalau tak boleh menyenangkan biarlah tak menyusahkan. Kau ingat dengan jual kesian, perut boleh kenyang hati boleh senang? Kita memang boleh sedapkan hati masing-masing. Tapi cubalah kalau ada hati. ada akal sikit, fikir dalam-dalam sikit. kau fikir komited kau je? komited orang lain? Ya ampun tolonglah sekali dua pakailah otak sikit. People nowdays become moron. Tak peduli pasal orang lain. Terus menuding sebelum bertanya, dapat tau cerita terus jump into konklusi kononya dia lagi tinggi kastanya dalam kitab Deruma : sentiasa perfect. Macam tu baik kau upah malaikat buat kerja.


Busuk-busuk, aku.
Sakit pening, aku saksi.
Kalau tak suka, blah.


Aku dah pesan.
Jangan.
Sentuh.
Aku.
Kalau
Tak
Suka
Boleh angkat kaki langkah seribu.


Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com