Tuesday, December 24, 2013

Dosa kekal



Mereka berdiri megah
berkata dengan angkuh tanpa melihat engkau
"dosa engkau adalah dosa yang tak terampun!"
seperti mereka mampu melihat tulisan pada buku halus
lantas engkau terus mengulangi dosa-dosa yang sama
rasa insaf yang kian pudar
lalu hilang..

percayalah..
selagi engkau bernama manusia
selagi itu engkau berdosa

percayalah..
selagi engkau bernyawa
selagi itu engkau mampu hapuskan dosa
apa perlu dengar kata si sombong itu
adakah mereka tahu
rahsia pada dosa-dosa yang kekal.



Saturday, December 14, 2013

#003








Ada seseorang,
Masih tunggu sampai sekarang,

Menangis juga kadang-kadang,
Sebab hati ada lagi nilai sayang.


Dalam jangka paling panjang,
bukan ke sepatutnya dia hilang?


Dia masih yang sama,
Macam aku kenal waktu mula-mula,

Mungkin ada beza sikit satu dua.

Persoalannya sekarang,
Aku yang dah tak sama,

Jauh sangat beza.



Tuesday, December 10, 2013

#002





Sebab itu aku selalu pesan,
Sebelum buat tindakan,
Fikir dulu apa kesan.


Dah kau sakitkan hati aku tak heran,
Kau buat pula status bangsat minta perhatian.

Kau salah cari laluan,
Dan aku malas nak layan.

Jadi aku ignore kau untuk yang sekesian,
Tapi kenapa cari hubungi aku sampai aku naik bosan?

Aku malas nak layan,
Apa pun jenis hubungan,

Puaskan hati kau sekarang?

Thursday, December 5, 2013

#001






Hati rindu.
Meronta terlalu.
Diluah tak mahu.
Kerna khuatir dan malu.
Jadi biar simpan sampai beku.

Hati rindu.
Hanya Dia tahu.
Dalam berjuta ada satu.
Yang terlihat cuma kamu.
Sering buat aku tak menentu.
Setiap hari, setiap saat, setiap waktu.

Hati rindu.
Fizikal resah, jiwa tak menentu.
Rasa rimas sebal sendu.
Semuanya dah bersatu.
Buat tak peduli, buat tak tahu.
Itu yang ego aku selalu pujuk dan seru.

Hati rindu.
Sampai bila harus begitu.
Tiada penghujung, tiada hala tuju.
Entahlah... tapi biar aku terus menunggu.
Hingga ketemu momen juga waktu.
Supaya biar engkau tahu.
Atau aku akan kecewa seperti selalu.

Peh... padu. Memang teramat padu.
Engkau apa tahu?








Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com