Bilang temanku,
Lelaki persis Arjuna
sukar untuk ketemu.
Bilang teman,
Lelaki perilaku bak sastria rangga,
hampir pupus kewujudannya.
Bilang temanku,
menangislah sekian gadis
terlewatkan kerana lelaki itu
sudah pergi
Namun
Tambah temanku,
aduh sayang seribu sayang,
sayang hingga jatuh kasihan.
Kerna lelaki malang itu
menangisi diri
bila mendapat tahu..
Jiwa dan cintanya
Pupus ditangan gadis itu.