Saturday, June 7, 2014

DUNIA SEKITAR

Pernahkah kau berfikir hidupmu tidak adil
Hanya kerarna engkau merasa kecewa dek hal yang kecil
Kau anggap besar seakan hidup ini berakhir
Tidakkah kau seharusnya berfikir tentang masalahmu yang kecil
Berbanding dengan apa yang dirasakan banyak manusia diluar sana.

Cubalah sejenak kau melihat
Dunia disekitar
Dengan mata hatimu

Hingga engkau mengerti
Tidak pernah ada manusia seberuntung dirimu
Yang berharap huluran tangan
Tak kunjung datang namun senyumnya tak pernah hilang
Jadi mulai sekarang cubalah bersyukur saat cubaan dunia mendatang
Ianya akan selalu datang dan hilang
Seperti hari siang dan malam.
Langkah manusia menjadi suatu yang nyata
Saat bertindak bukan saat berbicara
Belajarlah erti hidup dari senyum mereka.



Monday, June 2, 2014

Bicara Buat Jun



Jun dengan kabar sunyi walaupun masih mewangi.
Tuhan,jika angin yang meniup sepanjang perjalanan jauh itu dipilih menjadi teman jun aku,kami sama-samanya akan menadah derasan air mata untuk permulaan yang penuh kecewa.

jika turut sama de-daun meluruh dan bertaburan perlahan mendekati dan memilih untuk menjadi teman jun aku, kami sama-samanya akan terus mengait putus berkali-kali hati yang rapuh sendiri.

tapi Tuhan,
cukup dengan Engkau yang menemani tiap satu-dua-tiga-mati langkah ini pergi. cukup dengan sekelumit kepercayaan satu-dua-tiga-janji yang aku pasti tidak Engkau ingkari.

dan aku memilih untuk terus bersama barisan janji yang dikata walau lambat di kotakan dan perlu bersabar sehingga yang itu tiba.

Maka kekalkan la Jun yang tiba penuh sabar meninggalkan Mei yang penuh duka.
Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com