Wednesday, May 22, 2013

I'm not into it

Aku degil.

Selain degil, mungkin pasif. Sikitlah.Okay itu tipu, kau tak kenal aku mungkin kau akan kata begitu.

Aku tak suka mengampu. Tak suka dibuli. Jadi bila orang beri perhatian aku macam cepat percaya. Bila orang kata sayang aku, aku cair, dan aku pegang sampai mati. Bila orang mula kata sayang pun andaikata dia bohong aku percaya. Sebab aku pendendam. Cepat percaya, dan cepat juga lup.

Aku tak suka perhatian itu di alih. Bila aku rasa teralih aku diamlah. Tapi aku lihat. Aku ikut. Aku sakit hati. Aku biarkan. Aku abaikan. Lepas tu aku tengok balik bila rindu. Macam tulah pada semua yang aku kata sayang. Walau bukan darah daging, setakat belanja cokelat hacks pun aku dah ingat sampai mati. Kalau kata kau artis sekalipun aku tetap pandang yang cuma engkau yang aku kenal dulu, buat supersaver hari-hari tanya khabar, mengadu. Yang itu. Tak pedulilah siapa kau di mata siapa, yang penting siapa kau di mata aku.

Well you know, tangan yang memberi tu memang mulia. Dan tolonglah sedar yang tangan menerima ni berbunga hatinya, besar harapannya. Nasihat, canda tawa, peluh, peluk cium, gurau manja tu semua dikira.

Melainkan kau ex-boyfriend 5 tahun aku yang lalu, itu kau tak di kira.

Terharu. Kalau surat rasanya dah lipat kecik kecik letak bedak taruk bawah bantal.










No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com