Thursday, December 27, 2012

Jangan Jatuh



semua orang memaksa aku terjatuh-jatuh
dan aku bisikkkan pada jiwa aku
yang kulit ini tak akan melepuh

ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
ku biar saja,

aku kata aku takkan jatuh kerana dia
aku takkan jatuh semata!

semata dia
jangan jatuh-jatuh..

Friday, December 21, 2012

Zahirkan RASA


Kita terpilih sebenarnya. Terpilih pada jalan dunia yang dicipta Tuhan punya ujian. Bercinta bertahun biarpun hanya 'kosong putus tak dapat apa' sebenarnya banyak yang kita belajar dari salah kita.

Kecewa pada hidup, jangan kita cari salah dia. Jangan. Kecewa atau kegagalan pada sebuah yang terjalin itu kita harus pandang diri kita dan cari dimana salahnya.

Tentang bagaimana sikap ego nya kita untuk tidak mahu mengalah,

Tentang cemburunya kita hanya kerana terikut dengan negetifnya fikiran kita,

Tentang ingin memiliki dia yang kita fikir dia kita punya,

Banyak.

Kalau kita tak lalui itu, kita tak akan dapat sesuatu yang kita peroleh hari ini iaitu; nikmat pada sebuah perjuangan.

Nanti kalau sudah ada pengganti, jangan ulang cerita dulu. Jangan ego tak bertempat. Jangan cemburu tak tentu pasal. Dan tolong berhenti dalam meletakkan dia dalam fikiran kita:

'dia aku punya'

Jangan--

Bercinta itu adalah untuk kita berkawan. Bercinta itu adalah untuk kita berteman. Hargai dia biarpun hanya perkara-perkara kecil dan remeh. Cintai dia dalam hati itu bukan untuk memiliki. Biar dia terbang. Biar dia bernafas pada dunia dia. Kalau kita hargai hidup dengan menghargai antara satu sama lain, relationship itu jujur. Bila jujur, kita temui kebahagiaan.

Jangan pernah mulakan dialog;

"Kenapa awak tak bagi tahu saya?"

Jangan setiap inci itu ditanya setiap apa yang dia buat, dengan siapa dia berkawan, balik jam berapa, pergi pukul berapa segala.

Bawa dia dalam relationship sebagai seseorang peneman hidup kita. Jadikan dia juga sahabat baik yang kita boleh kongsi apa pun cerita tanpa sembunyi apa-apa. Kalau setiapnya itu terjalin erat, dunia itu bersama dia tentu umpama syurga.


'Seseorang yang diberdirikan oleh Tuhan buat kita, si baik hati maka hargai dia hingga nafas kita terhenti'

Kalau kita hargai mahu sesama, Tuhan pasti senyum dalam meletakkan kita bersama.

Yakin!



Thursday, December 20, 2012

10 Langkah Awal



Cuba pandang diri kita sendiri, tentang apa mahu kita dalam hidup. Soal. Soal betul-betul.


Yang berbisik dalam hati adalah kejujuran disebalik siapa kita yang sebenarnya Maka, bertanyalah pada hati.



Pertama.

Untuk berjaya, jangan jadi pemalu. Kegagalan dalam hidup adalah apabila kita malu untuk setiap apa pun. Cubalah sesuatu. Kita tidak akan menang, kalau kita sendiri tak cuba.



Kedua.

Jadi orang paling ramah untuk tegur siapa pun yang ada disekeliling kita dengan;

"Selamat pagi!"


"Hello! Morning!"


Untuk pagi yang kita mahu serapkan dalam diri kita sendiri tentang keindahan, kita harus wujudkan persekitaran yang nyaman. Elak baca surat khabar waktu pagi. Kalau buka mata terus tengok muka depan metro tentang;


"Gadis bunuh diri terjun tingkat 18 angkara cinta" Spoil kan? Benda negatif yang masuk diawal pagi jadi hari kita tak best kan?



Ketiga.

Jangan bataskan pergaulan hanya kerana dia itu siapa, kita ini siapa. Jangan malu untuk jadikan makcik cleaner, si bangla cleaner itu kawan baik kita. Selami kehidupan mereka, itu indah. Saya punyai ramai sahabat baik yang macam tu. Terkadang, kami juga makan siang bersama. kawan-kawan saya ketawa sebab saya kawan dengan mereka. Tapi, siapa peduli?



Keempat.

Bantu orang disekeliling kita saat mereka kata; tolong. Sensitif sikit dengan perkataan TOLONG ya! Kerna perkataan tolong inilah mereka akan tolong kita saat kita rasa susah.
Tuhan akan bagi balik, apa yang kita bagi



Kelima.

Memaafkan. Tak semua orang suka kita kan? Sebab apa? Sebab prinsip kita, pendirian kita, dan ideologi kita.

Kebanyakan orang suka bila kita jadi lalang. Sebab apa? Sebab kita mahu kan saja semua mahu mereka. Mereka senang. Tapi kalau kita punya prinsip hidup tentang bagaimana mahu kita, orang akan cakap;

"Eh, poyonye dia ni"
Tapi, itu hidup kita kan? Apa peduli?


Keenam.

Yakin dan percaya. Tentang kemampuan kita yang sebenarnya kita boleh tidak seperti kata mereka; boleh ke?
Gagal takpa. Yakin kena ada. Kalau kita tak yakin, bagaimana mahu berjaya kan?


Ketujuh.

Pekakkan telinga saat kita sedang cuba untuk buat apa yang kita mahu. Kawan-kawan lah yang banyak bahan kita disaat kita sedang menulis distatus facebook begini;


"Aku merinduimu"


Tak sampai dua minit, notification masuk. Dari siapa? Dari kawan sendiri dengan;


"Bapak jiwang. Wakakkaka"


Tapi, mereka tahu apa? Setiap butir kata yang hadir dari hati itu seni yang harus dihargai. Bila kita sudah ditahap yang kita sudah punya nama orang yang datang dekat-dekat dengan kita adalah; Kawan-kawan yang dulu bahan.



Kelapan.

Pedulikan dengan kata negatif orang. Cuba senyum dengan setiap kata nista mereka. Kita senyum, biar Tuhan buat kerja dia.



Kesembilan.

Gagah untuk jadi pemberani. Berani untuk mencuba, berani untuk beri pandangan, berani untuk berhadapan.


Kesepuluh.

Pandang diri kita sendiri hari ini. Yang terbentuk hari ini adalah apa yang kita pilih.
*pandang diri sendiri sambil cakap*


"Sambil bila aku terus begini? terus malu, untuk biar diri sendiri ketinggalan?"

Wednesday, December 19, 2012

Harapan



Si lelaki terdiam.

"Jadi, apa yang harus aku lakukan Guru?"

"Apakah kau merasa bodoh?"

"Ya, Guru." Lelaki itu tertunduk lesu.

Guru Sufi tersenyum, "berbahagialah, sebab Tuhan akan mengampuni kesalahan orang bodoh."
Si lelaki tersenyum bahagia. "Apa yang harus aku lakukan untuk berterima kasih pada Tuhan, Guru?"

"Berjalan"

"Belajarlah. Jika kau belum mengerti, kau akan melakukan kesalahan lagi. Tetapi itu wajar. Sebab tak ada satu pun manusia yang boleh berjalan tanpa terjatuh terlebih dahulu , bukan? teruslah berjalan. Bila tiba masa kau merasa pintar, kau akan terjatuh dalam melakukan kesalahan. Maka teruslah merasa bodoh, sebab kau harus terus belajar"

Kadang kita curiga bahwa Tuhan tidak memberikan rencana terbaik-Nya buat kita. Kadang kita berfikir hidup terlanjur tak adil membuat kita terus-menerus menderita. Kadang kita iri melihat hanya orang lain yang boleh berbahagia sementara kita tidak.

Ah, kadang-kdang kita hanya perlu berhenti, menunda semua asumsi dan prasangka... lihatlah kedalaman masing-masing dan percayalah:
everthing is going to be amazing! Ya, paling tidak untuk sekarang, berbahagialah: nyahkan rasa ketakutan-ketakutan!

Percayalah, kesedihan adalah hadiah--agar pada saatnya kita dihibur dengan cara paling membahagiakan. Seringkali kita memang dibuat tak mengerti sebab kita memang tak perlu mengerti...Sering kali hidup memang harus dilanjutkan dengan cara yang tak kita inginkan...berbahagialah dengan cara kita sendiri.

--Fahd Djibran


Thursday, December 13, 2012

Berdua Selamanya..





Jalan ini cantik,
walau dalam debu.


Jalan ini bercahaya,
walau dugaannya tak pernah padam.


Memahami setiapnya,
Hingga dipertemukan oleh rasa.


Duhai arjuna jiwa,
Bakal suami saya.


Duhai anugerah terindah,
Bakal isteri saya.


Semoga ada,
Hingga hujung nyawa.


Tarikh harini sekali lagi aku pangkah,
Semoga cepat hari kita nikah.


Nota: Adalah nikmat paling mahal apabila semuanya itu; berdua. Moga kekal akhir hayat ♥


Monday, December 3, 2012

Semua Tentang Dia



mukasurat

mukasurat satu
aku baru hidup


mukasurat tujuh belas
aku baru nak kenal huruf

mukasurat tujuh belas perenggan kedua
aku kena bebel dengan ma abah


mukasurat seratus lapan belas
aku baru habis upsr


mukasurat lima ratus empat puluh dua
aku habis zaman sekolah


mukasurat sembilan ratus lapan puluh enam
aku sambung belajar lagi


mukasurat berapa engkau wujud dalam hidup aku..?


Sunday, December 2, 2012

Natalie's step


Dua tahun lepas di saat aku hidup kelana sorang-sorang, aku tak sangka yang akan ada orang bakal kutip segala serpih hasil ranap segala cela. Dua tahun lepas, setiap 'moment' masih segar dalam kepala degil ni. Dua tahun lepas tolak lima tahun diganti tiga hari, semuanya berubah.

Tuhan bagi kita rasa satu fasa di mana kita lama sangat menyepi, waktu kita rasa ditingalkan oleh orang yang kita anggap hundred percent boleh jaga kita. Jadi orang yang semacam aku teringin letak diri dalam kasut lelaki dan pegang peranan lelaki selama membesar, belajar, lihat dan observe. Pendekkan cerita, Tuhan ganti dengan fasa cuba beri aku terima bahagia.


Dalam masa dua tahun, aku kecapi apa saja yang tak pernah orang lain tunaikan. Aku tak pernah tengok Ma dengan abah aku ketawa, bercerita pasal cinta. Tak pernah langsung tengok Ma betul-betul khusyuk bila aku start bercerita pasal lelaki. Tak pernah tengok Ma dengan Abah aku betul-betul percaya pada orang untuk bagi peluang anaknya sendiri kecapi apa itu bahagia.

Bila orang cakap,


"Tak handsome pun boyfriend kau?"

Aku jawab, "Tak apalah, senang jaga"

"Tak handsome pun boyfriend kau?"

Aku jawab, "Tak apalah, aku pun bukan cantik"

"Tak handsome pun boyfriend kau?"

Aku jawab, "Tak handsome tak apa, asal berguna"


Entahlah kenapa mesti dia. Mungkin sebab dia orang pertama aku yang aku boleh tengok sanggup membebel semata nak suruh aku makan kot? Yang dulunya stanger tapi dah jadi new blossom dalam hati aku. Orang yang tak pernah putus marah aku buat silap. Yang selalu ajar aku macam mana nak kejamkan diri sendiri. Orang yang selalu kejutkan aku bila waktu pagi sedap dakap aku supaya jangan tinggalkan katil. Yang betul-betul buat aku gelak berair mata. Orang yang layan semua kerenah aku bila tiba masa-masanya. Yang sentiasa sediakan First Aid kit bila hati aku tengah sakit. Yang pernah tunaikan semua benda yang orang lain mampu beri tapi tak akan beri pada aku. Paling penting dia boleh terima baik buruk aku seadanya.


Aku bagi peluang pada diri, supaya terima apa saja Tuhan bagi. Apa saja. Aku tak tahu orang yang macam dia punya rasa yang sama. Tapi mungkin aku salah bila Tuhan manjakan sangat. Jenis salah, tapi si Paranoid yang sentiasa nak menang.


In life, kadang-kadang kita rasa kita belajar teori dulu baru kita boleh praktikkan. But somehow, bila muhasabah diri, kita praktik dulu baru kita dapat teori sebenar. Dari partnerlah, kita belajar. Lagi-lagi bila kita ni diciptakan untuk tidak hidup sempurna. Macam mana nak sabar, macam mana nak bertahan. Dia bagi kita jalan, dia tunggu kita kat belakang. Jalan kita yang pilih, kalau jatuh, dia ada untuk sambut. Kalau salah, dia ada untuk betulkan. Kalau susah, dia ada untuk senangkan.


Untuk sekarang, aku masih tak ada jawapan. Tapi aku dah dilatih selama aku kenal dia, Inshallah aku akan usahakan. Aku tahu aku mengecewakan, tapi harap doa aku laku untuk Tuhan maafkan. wherever you are, Hei Juna..aku ada disini untuk kamu, perhatikan aku sebaiknya ♡ 




Hidup Daun Kering


suara halus yang menjatuhkan dedaun
gugurkan helaian berwarna kuning tua
lalu bawa aku khayal bersama

kenapa dia biarkan kamu pergi
biarkan kamu mati
menambahkan sampah yang sudah sedia banyak
pada dia sudah ada pengganti
atau..
kamu yang mahu pergi

shrapp!! shrapp! shrap!
makcik tukang kebun dah sampai
daun kering pun dah kena sapu
aku mula berlalu
biarkan kisah daun dengan makcik kebun tinggal disitu
esok pasti ada daun lain
kan..?

kisah daun yang berulang - ulang



Saturday, December 1, 2012

Punca Kuasa Mati


Ada dua butir peluru yang tertimbus dalam kepala aku sekarang. Sibuk datang buat kacau, bikin onar.

Pertama, racun turun temurun untuk seorang student, tak lain dan tak bukan, assignment dan lagi satu isi - isi dompet yang meronta-ronta untuk berhijrah, macam angin. Tak boleh jadi, aku mula naik rimas dan lemas. Kalau boleh aku mahu cungkil dan campak jauh-jauh dua butir peluru itu menjelang terbenamnya matahari esok.

Sebab aku mahu kelihatan sebagai seorang gadis yang decent dan solehah lusa, presiden segala hari.

Jadi untuk tengahari ini, tiada apa-apa yang akan aku baham melainkan satu bar coklat dengan dahi yang berkerut.

Takda kongsi-kongsi!



Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com