Friday, December 21, 2012

Zahirkan RASA


Kita terpilih sebenarnya. Terpilih pada jalan dunia yang dicipta Tuhan punya ujian. Bercinta bertahun biarpun hanya 'kosong putus tak dapat apa' sebenarnya banyak yang kita belajar dari salah kita.

Kecewa pada hidup, jangan kita cari salah dia. Jangan. Kecewa atau kegagalan pada sebuah yang terjalin itu kita harus pandang diri kita dan cari dimana salahnya.

Tentang bagaimana sikap ego nya kita untuk tidak mahu mengalah,

Tentang cemburunya kita hanya kerana terikut dengan negetifnya fikiran kita,

Tentang ingin memiliki dia yang kita fikir dia kita punya,

Banyak.

Kalau kita tak lalui itu, kita tak akan dapat sesuatu yang kita peroleh hari ini iaitu; nikmat pada sebuah perjuangan.

Nanti kalau sudah ada pengganti, jangan ulang cerita dulu. Jangan ego tak bertempat. Jangan cemburu tak tentu pasal. Dan tolong berhenti dalam meletakkan dia dalam fikiran kita:

'dia aku punya'

Jangan--

Bercinta itu adalah untuk kita berkawan. Bercinta itu adalah untuk kita berteman. Hargai dia biarpun hanya perkara-perkara kecil dan remeh. Cintai dia dalam hati itu bukan untuk memiliki. Biar dia terbang. Biar dia bernafas pada dunia dia. Kalau kita hargai hidup dengan menghargai antara satu sama lain, relationship itu jujur. Bila jujur, kita temui kebahagiaan.

Jangan pernah mulakan dialog;

"Kenapa awak tak bagi tahu saya?"

Jangan setiap inci itu ditanya setiap apa yang dia buat, dengan siapa dia berkawan, balik jam berapa, pergi pukul berapa segala.

Bawa dia dalam relationship sebagai seseorang peneman hidup kita. Jadikan dia juga sahabat baik yang kita boleh kongsi apa pun cerita tanpa sembunyi apa-apa. Kalau setiapnya itu terjalin erat, dunia itu bersama dia tentu umpama syurga.


'Seseorang yang diberdirikan oleh Tuhan buat kita, si baik hati maka hargai dia hingga nafas kita terhenti'

Kalau kita hargai mahu sesama, Tuhan pasti senyum dalam meletakkan kita bersama.

Yakin!



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com