Friday, March 29, 2013

Old Time Ago~



You and I, 
was our break up is a mistake?
stop bothering by asking me
why I can't even bare looking at you.
Whose to blame?


Won't say anything for a while,
I used a lot of time for you,
but not use it completely for myself,
Hiding the sadness in front of my friends,
laugh loud and make nonsense gag,
Still can't remove all the pain.

Again you look at me,
and then you leave.
Because of you I'm living like this,
you're the one who make me silent cry.
Listen, and look at me..what you've done?

If oneday I begin missing someone,
its not going to be you.
One man, one girl.
Just only think about simple terms.
By seeing you,
I begun to lose the strength.

I really exhausted,
How many more I've to understand you?
You always act like this..
Please look at me...tell me whose to blame? 



Please Tell me ( 15 February 2012 )
Thank you, beauty Inspiration Ayu.






I'm totally fine,
You knows me better,
my smile seems so innocent.
I never meant to say that you're easy to handle,
you're the guys who's knows it well.

I'm like a child,
You know well how to handle me at anytime.
I can't even sleep at nite,
maybe this is curse of the dawn
cause waiting for you?

I like the way I look,
only a quarter heart is mine, 
another 3 remaining are you.
Look at me, you're the only one.
I love you, and only you.

you're heart beating rhythm same as mine,
I'm just a lil' bit selfish girl.
I say 1 to bad, 2 for good.
Its may seem childish for you.

Please stop saying those foolish things,
Try to believed every single things I did,
Please look at me, you're the only one.


Look at me ( 17 June 2012 )
Thank you my lil twiny Mayra.




Friday, March 22, 2013

Rindu lelaki itu


Lelaki unggul. 
Yang cintanya dia pada bondamu hingga tersulam dirimu,
yang mengerjakan tulang empat keratnya menyekolahkanmu,
yang menghisab gaji bulan-bulan membeli susu tepung mahal,
yang menangguh impiannya untuk mencanting impianmu,
yang perkenalkan Al-Quran dan Tuhan serta muzik dan matematik,
yang mengucup dahimu sebelum sempat bibir-bibir lain mengucup dahimu,
yang mengazankanmu sebelum sempat bunyi-bunyi lain menyinggah deriamu,
yang mengajarmu tabah menjadi hamba dibumi pinjaman,
yang menjadi pelindung dari tiap-tiap kesusahan menimpamu.
yang mengalihkan kasih kadang-kadang lebih dari kasihnya pada bondamu. 
- – Abah.


Tuesday, March 19, 2013

Kahwin Awal ??



Nowdays, semua cerita pasal nak kawin awal macam jual goreng pisang panas-pans depan rumah..
( ahah laparnya..ahaks ! ) kononnya dapat menjamin masa depan yang berkualiti dan juga jaminan dapat babies yang bijaksana, sini kan~ 


In my opinion yes I do agree, sebab tak salah pun kawin awal kalau dah bersedia to take on a responsibility nak tanggung hidup sendiri dan anak orang lain. But instead of dunia yang sekarang serba canggih yabeda bedu ni, kadang-kadang jadi payah kalau tak ada aset penting (ilmu dan juga keching! keching! money) Then dapat pula member-member u'olls yang suka cakap " apa seyh kawin awal, tak remaja la.." membantutkan nawaitu baik korang yang suci murni tu, acewah!


Apa yang me tahu la kan, perkahwinan itu suatu titik permulaan yang baru dalam diri seseorang untuk memperbaikkan lagi diri dengan pasangan pilihan masing-masing.


Janganlah bersusah hati kalau u guys dah berkeinginan untuk berkahwin, sebab pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki.


Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin kerana-Nya pasti akan dipermudah segala urusan didunia dan juga diakhirat sana.


Pasal pelajaran? jangan risau, we as khalifah kat muka bumi Tuhan ni takkan pernah stopping from searching knowledge evendo until we dead, ilmu takkan pernah habis dicari.


Especially pada anak muda yang masih belum bekerja, doesn't meant korang tak boleh menyara isteri u guys sebaiknya. Semuanya terletak pada iman kita. Sudah tercatat di dalam Al- Quran, meskipun orang miskin Tuhan pasti memberikan kemampuan dan rezeki pada mereka dengan syarat berusaha.


For those Ibu bapa yang risau sangat anaknya yang nak berkahwin tu, tak perlu la risau tentang hala tuju anak-anak selepas berkahwin. Semua itu adalah kerja Allah, Allah lebih Maha mengetahui..He is the Best of Planners anyway. Lagipun of course anak korang dah ada perancangannya tersendiri yang gempek cun melecun.


Like we knows, berkahwin itu menghalang dari perbuatan zina. Daripada dia rambang hati mata melihat lelaki / perempuan sana sini, lebih baik dia melihat the only one suami / isterinya saja kan~ Instead, dapat pahala lagi pulak tu..


Dengan berkahwin, sometimes gerak kerja kita jadi lebih bersemangat, bila ada the lovely one yang selalu setia memberi dorongan, sokongan padu. Our work also can be more produktif rite??

Yang penting dalam mana-mana hubungan mesti ada kepercayaan. Percaya untuk memegang tanggungjawab, percaya peranan masing-masing. Jika ditanya mana-mana marriage couple pun, takkan ada yang akan kata mereka berkahwin sekadar suka-suka.


Let's see, andai kata Ilmu agamanya sedikit, its ok u'olls. Bila mana korang dah bersehati sejiwa raga nak membina suatu yang baru dan suci pastinya korang akan mencari ilmu agama to provides a happiness and joy in u guys marriage life. Perbanyakkan doa supaya pasangan korang masing-masing dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.


I can see from this era la kan..semua nak cari yang " dapat menjadi ibu / bapa yang baik kepada anak-anak I kelak.." ceiytt! xyah nak literasi agama sangat. Can anyone tell me, ibu bapa mana yang tak layan anak-anak diorang dengan baik? except kalau korang kawin dengan duda/ janda tu lain cerita la kan..



Ok back on topic.. tak kisah la, kawin dengan siapa-siapa pun. Semua orang ada cacat celanya, lihat keburukan pasangan kita sebagai suatu kelebihan dalam diri dia, in this supernova world wide no one perfect guys. Tak kisah la dia tu perangai mengalahkan hantu persis aku ni kan, tak reti buat kerja rumah, pemalas yang hamat-hamat, tapi itu semua akan berubah juga sebab semua orang nak buat yang terbaik untuk pasangan masing-masing.



Make more nonsense, bila ada certain people nak kawin calon kena harus-harus muka comel lotte gaya macam retis.. Hey u'olls fikir suami / isteri ni hiasan dalam rumah or buat tayangan orang ramai ke hape? * pasal rupa paras, is like soalan wajib dalam pemilihan calon pulak, soo mysteghi rite?



Apa pun jua keputusan dipilih, Allah sentiasa memberkati apa saja niat baik hambanya. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Bukan Allah saja memberkati anda, para malaikat dan semua yang kenalan, saudara sesama islam also blessing u'olls. Between Tahniah la siapa yang kawin Awal tu..




Tuesday, March 12, 2013

#That XX


Aiman send Link lagu entah dari mana usul lagunya, Lagu K-pop katanya. Bukan Genre yang jadi persoalannya sekarang, tapi intisari konten lirik yang terbait dalam setiap aksara kata yang aku rasa sangat tajam, penuh dengan makna yang tersendiri. Elok la untuk sesiapa yang rasa dia Buta hati jiwa raga segala.

Walking on the street, I bumped into your man 
I didn’t want to believe it, but my hunch turned out right 
He’s not wearing that ring you gave him, there’s another girl by his side
But I’ve said enough 

Now you’re getting angry with me 
You say “He’s definitely not that kind of person” 
Seeing your eyes, I reply that I probably got it wrong
See, I lied for you 

I hate that you don’t understand me
I hate all this waiting
Let go of his hand 
When you’re sad, I feel like I’m dying

That bastard, what does he have that I don’t
Why can’t I have you
That bastard doesn’t love you
How much longer are you going to cry yourself silly?

When you speak of him, you look so happy 
It’s good that you can be this happy 
You say you really love him, want to be with him forever
You trust him completely 
Your friends all know that guy 
It’s so obvious, why can’t you see 
They say love is blind, Oh baby, you’re so blind
Please, I beg you, break it off


Expensive cars, beautiful clothes, high-class restaurants, they all suit you well
But that bastard beside you, he doesn’t suit you, he really doesn’t
He smiles like a hypocrite with you, brushing your face and hair
But he’s thinking of another woman for sure, how dare he
The amount of tears you’ve cried, I want to make you happy by the same amount,
Rather than going through the pain alone, share some with me, 
Please look at me, why can’t you realise that I am your love
Why are you the only one who doesn’t know



Friday, March 8, 2013

Ketakutan


Hati : tskk tskk tskk..


Otak : Kenapa dengan kau ni?

Hati : Aku takut~ sob sob...

Otak : Takut apa benda kau ni?

Hati : Aku takut perubahan.

Otak : Jadi jangan la berubah.

Hati : Cenggana??

Otak : Kawal perasaan, jujur, percaya dan kawal segalanya pegang pada niat.

Hati : Aku mana boleh kawal diri sendiri.

Otak : dah tu?

Hati : Kau kan otak yang mengawal segala benda.

Otak : Ha'ah kan~ tak apa aku akan mengawal segalanya untuk kau.

Hati : Janji?

Otak : Ya! jangan risau, aku kan ada untuk kau.



Tuesday, March 5, 2013

Secangkir Kopi Untuk Mikayla

Harini, aku lambat lagi ke kelas. Ahhh persetankan, kalau aku hadir pun paling kurang aku kena perli dengan Sir. Ashwin sebab datang lewat punya pasal. Alang-alang dah lambat nak tunggu next kelas pukul 11 nanti, amik masa lepak kejap kat cafe Lil One yang kopi dia yang sedap dan pekat ala-ala Starbuck. Time ni la aku sibuk nak cuci mata lihat gadis-gadis lalu lalang, masuk cafe. Bermacam ragam , bermacam jenis pesen. Kadang-kadang ragam-ragam diorang ni juga jadi hiburan pagi-pagi aku. Tapi bukan untuk pagi ni. Pagi ni lain. Sensasinya cukup luar biasa, ' Mikayla... ' aku bersuara kecil. Sepasang mata aku masih tertancap pada gadis bermata emerald dengan rambut separa perang yang mengurai lembut. Mikayla betul-betul mengasyikkan dimata aku. Macam dejavu. Mikayla amik port betul-betul depan aku. Setiap kali dia cuba menghirup kopi pasti dia akan cuba singkapkan helaian rambutnya yang jatuh lalu disisipkan ke telinganya. Kemanisan Mikayla buat aku membazir beberapa minit hanya untuk menatap setiap gerak geri alunan dia. Sudah tepat pukul 10.50, aku kena bergerak ke kampus memandang kelas aku pukul 11 pagi ni. Kalau tak, boleh aku cuci mata hadap Mikayla lebih lama lagi. Besok aku harus lepak sini lagi, aku NEKAD!


Esoknya awal-awal pagi aku dah terpacak dekat pintu cafe Lil One ni. Semata untuk Mikayla, kelas aku pun semuanya berlangsung sebelah petang. Jadi tak salah la kalau aku melepak minum kopi dulukan.  Ye, itu cuma alasan semata. Alasan yang aku reka hanya untuk Mikayla. Elok aku tengah cari port baik punya nak usha gadis-gadis, Mikayla masuk diruang hadapan cafe. Terlopong mulut aku lihat keayuan Mikayla berbaju kurung merah bata harini. Ala-ala gadis melayu terakhir. Kalau aku kenal mak bapak Mikayla ni, itu jam jugak aku masuk minang pemilik mata emerald ni. Pagi ni Mikayla datang dengan kawan-kawan, boleh tahan cun juga member Mikayla ni. Tapi aku tak tahu kenapa mata aku tetap memilih untuk melihat terus pada Mikayla. "Mikayla, apa kau dah buat kat aku ni!!"


Dah dekat seminggu aku usha si Mikayla ni, dan dekat seminggu ni jugak la tiap-tiap pagi aku rasa macam mengalahkan orang tagih candu, pagi - pagi kat cafe semata nak usha Mikayla. Harini aku sengaja nak buat cubaan berani mati, aku capai pen, sehelai tisu aku renyukkan sedikit baru nampak vintage. Lalu aku coretkan, biarkan dakwat pen bebas membasahi tisu yang suci tadi tu ;



Pagi indah menyambut lembut,

Tersipu-sipu malu angin berlalu,

Sinar mentari menyuluh tiap jalanmu,

Lirik mata tertancap dengan keayuanmu,

Senyum tawamu jadi hiburan tiap pagiku,

Sepasang mata Emerald buat jantungku berdetak laju,


Bila esok pagi terbit dicelahan sinar,

Ku hirup pelan secangkir kopi untukmu Mikayla.

                                                                 -I.M


Aku lipat rapi lalu aku lekatkan dimeja tempat Mikayla selalu duduk. Aku nampak kelibat Mikayla mulai masuk diruangan hadapan, Yess! dia baca!! Mikayla tersenyum sambil melihat sekelilingnya. Aku bergegas keluar dengan muka paling puas. Melonjak rasa gembira. Itu jam rasa macam nak jerit. Rasa macam baru lepas jawab exam yang konfident-konfident dapat full marks kononnya. Happy punya pasal.


Keesokkkannya aku datang lagi, nak tengok reaksi Mikayla. Dekat 2 jam jugak aku tunggu Mikayla, tapi wajahnya tak muncul-muncul. Kenapa? Besok aku datang lagi, lama jugak aku tunggu, Mikayla tak jugak datang. Mungkin dia tak suka coretan aku barangkali. Tapi kenapa haritu dia senyum kemain happy? Mungkin Mikayla buat-buat suka. Hampir give up juga tunggu si Mikayla ni. Kalau Mikayla datang lagi, mungkin aku boleh usha dia macam tu je kot. Tiap-tiap senyum lirik, gelak tawa dia, dah cukup buat aku terhibur. Dari cara percakapan peradabannya yang lembut sungguh menenangkan segala resah kat hati aku. Cukup hanya lihat Mikayla..semua jadi indah untuk aku.

Elok aku termenung dihadapan barista sementara tunggu kopi siap dibuat, satu sosok badan molek ramping betul-betul berdiri bersebelahan aku. MIKAYLA!!..


Terkejut aku. detak jantungku laju, darah mengalir deras ke otak. Seperti mahu pitam rasanya. Tak pernah lagi aku berdamping dengan Mikayla serapat ni. Buat pertama kalinya!


" Irfan Mikail.." sebutku lembut.

" Hah?! "

" Irfan Mikail.." sambil kuhulurkan tangan kananku.

Dia menyambut lembut tanganku, sambil tertawa kecil.

" owh (tawa kecil) thanks for that day, puisi awak, menarik..

errrmm between saya bukan Mikayla, saya Annisa Natasha.."



Gadis itu tersenyum manis sambil menyisip helaian rambutnya ke telinga, lalu ia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpingga dengan perasaan malu. Macam mana dia boleh tau? Mikayla? main sedap je aku reka nama orang..
















Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com