Esoknya awal-awal pagi aku dah terpacak dekat pintu cafe Lil One ni. Semata untuk Mikayla, kelas aku pun semuanya berlangsung sebelah petang. Jadi tak salah la kalau aku melepak minum kopi dulukan. Ye, itu cuma alasan semata. Alasan yang aku reka hanya untuk Mikayla. Elok aku tengah cari port baik punya nak usha gadis-gadis, Mikayla masuk diruang hadapan cafe. Terlopong mulut aku lihat keayuan Mikayla berbaju kurung merah bata harini. Ala-ala gadis melayu terakhir. Kalau aku kenal mak bapak Mikayla ni, itu jam jugak aku masuk minang pemilik mata emerald ni. Pagi ni Mikayla datang dengan kawan-kawan, boleh tahan cun juga member Mikayla ni. Tapi aku tak tahu kenapa mata aku tetap memilih untuk melihat terus pada Mikayla. "Mikayla, apa kau dah buat kat aku ni!!"
Dah dekat seminggu aku usha si Mikayla ni, dan dekat seminggu ni jugak la tiap-tiap pagi aku rasa macam mengalahkan orang tagih candu, pagi - pagi kat cafe semata nak usha Mikayla. Harini aku sengaja nak buat cubaan berani mati, aku capai pen, sehelai tisu aku renyukkan sedikit baru nampak vintage. Lalu aku coretkan, biarkan dakwat pen bebas membasahi tisu yang suci tadi tu ;
Pagi indah menyambut lembut,
Tersipu-sipu malu angin berlalu,
Sinar mentari menyuluh tiap jalanmu,
Lirik mata tertancap dengan keayuanmu,
Senyum tawamu jadi hiburan tiap pagiku,
Sepasang mata Emerald buat jantungku berdetak laju,
Bila esok pagi terbit dicelahan sinar,
Ku hirup pelan secangkir kopi untukmu Mikayla.
Aku lipat rapi lalu aku lekatkan dimeja tempat Mikayla selalu duduk. Aku nampak kelibat Mikayla mulai masuk diruangan hadapan, Yess! dia baca!! Mikayla tersenyum sambil melihat sekelilingnya. Aku bergegas keluar dengan muka paling puas. Melonjak rasa gembira. Itu jam rasa macam nak jerit. Rasa macam baru lepas jawab exam yang konfident-konfident dapat full marks kononnya. Happy punya pasal.
Keesokkkannya aku datang lagi, nak tengok reaksi Mikayla. Dekat 2 jam jugak aku tunggu Mikayla, tapi wajahnya tak muncul-muncul. Kenapa? Besok aku datang lagi, lama jugak aku tunggu, Mikayla tak jugak datang. Mungkin dia tak suka coretan aku barangkali. Tapi kenapa haritu dia senyum kemain happy? Mungkin Mikayla buat-buat suka. Hampir give up juga tunggu si Mikayla ni. Kalau Mikayla datang lagi, mungkin aku boleh usha dia macam tu je kot. Tiap-tiap senyum lirik, gelak tawa dia, dah cukup buat aku terhibur. Dari cara percakapan peradabannya yang lembut sungguh menenangkan segala resah kat hati aku. Cukup hanya lihat Mikayla..semua jadi indah untuk aku.
Elok aku termenung dihadapan barista sementara tunggu kopi siap dibuat, satu sosok badan molek ramping betul-betul berdiri bersebelahan aku. MIKAYLA!!..
Terkejut aku. detak jantungku laju, darah mengalir deras ke otak. Seperti mahu pitam rasanya. Tak pernah lagi aku berdamping dengan Mikayla serapat ni. Buat pertama kalinya!
" Irfan Mikail.." sebutku lembut.
" Hah?! "
" Irfan Mikail.." sambil kuhulurkan tangan kananku.
Dia menyambut lembut tanganku, sambil tertawa kecil.
" owh (tawa kecil) thanks for that day, puisi awak, menarik..
errrmm between saya bukan Mikayla, saya Annisa Natasha.."
Gadis itu tersenyum manis sambil menyisip helaian rambutnya ke telinga, lalu ia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpingga dengan perasaan malu. Macam mana dia boleh tau? Mikayla? main sedap je aku reka nama orang..

No comments:
Post a Comment