Tuesday, December 24, 2013

Dosa kekal



Mereka berdiri megah
berkata dengan angkuh tanpa melihat engkau
"dosa engkau adalah dosa yang tak terampun!"
seperti mereka mampu melihat tulisan pada buku halus
lantas engkau terus mengulangi dosa-dosa yang sama
rasa insaf yang kian pudar
lalu hilang..

percayalah..
selagi engkau bernama manusia
selagi itu engkau berdosa

percayalah..
selagi engkau bernyawa
selagi itu engkau mampu hapuskan dosa
apa perlu dengar kata si sombong itu
adakah mereka tahu
rahsia pada dosa-dosa yang kekal.



Saturday, December 14, 2013

#003








Ada seseorang,
Masih tunggu sampai sekarang,

Menangis juga kadang-kadang,
Sebab hati ada lagi nilai sayang.


Dalam jangka paling panjang,
bukan ke sepatutnya dia hilang?


Dia masih yang sama,
Macam aku kenal waktu mula-mula,

Mungkin ada beza sikit satu dua.

Persoalannya sekarang,
Aku yang dah tak sama,

Jauh sangat beza.



Tuesday, December 10, 2013

#002





Sebab itu aku selalu pesan,
Sebelum buat tindakan,
Fikir dulu apa kesan.


Dah kau sakitkan hati aku tak heran,
Kau buat pula status bangsat minta perhatian.

Kau salah cari laluan,
Dan aku malas nak layan.

Jadi aku ignore kau untuk yang sekesian,
Tapi kenapa cari hubungi aku sampai aku naik bosan?

Aku malas nak layan,
Apa pun jenis hubungan,

Puaskan hati kau sekarang?

Thursday, December 5, 2013

#001






Hati rindu.
Meronta terlalu.
Diluah tak mahu.
Kerna khuatir dan malu.
Jadi biar simpan sampai beku.

Hati rindu.
Hanya Dia tahu.
Dalam berjuta ada satu.
Yang terlihat cuma kamu.
Sering buat aku tak menentu.
Setiap hari, setiap saat, setiap waktu.

Hati rindu.
Fizikal resah, jiwa tak menentu.
Rasa rimas sebal sendu.
Semuanya dah bersatu.
Buat tak peduli, buat tak tahu.
Itu yang ego aku selalu pujuk dan seru.

Hati rindu.
Sampai bila harus begitu.
Tiada penghujung, tiada hala tuju.
Entahlah... tapi biar aku terus menunggu.
Hingga ketemu momen juga waktu.
Supaya biar engkau tahu.
Atau aku akan kecewa seperti selalu.

Peh... padu. Memang teramat padu.
Engkau apa tahu?








Monday, November 25, 2013

Tuhan hukum, sebab NAKAL

Sebelum tidur di malam hari,
Aku berdoa kepada Tuhan,
" Tuhan, izinkan aku bercinta sekali lagi."
Sambil mendongak ke langit, tangan tersisip rapat.

Tuhan mendengar setiap perkataan,
Lalu Tuhan bertanya lembut kepadaku,
" Bagaimana aku mahu beri cinta sekali lagi untukmu,
jika hatimu masih setia pada cinta yang aku beri dahulu? "





Monday, November 18, 2013

Farewell Baby



Baby, I'm just dream about you and sudden I'm tears up like a girl who losing her mom. I miss you so badly in a deepest black hole and I'm sorry.


I still remember the first time we met on this day. Summer and the flowers bloom. Fascinating. Everything was so bright. I can't see anything else, except you. Yeah, obviously because you hit me in the head! But it was the first time we met. And I can't forget you since then.


Dear you,
How are you today? Everything's fine? I hope you're doing well in your not-so-new "home". I miss you. Terribly. Today. Suddenly, I miss you. Everything about you, us is like a projector which doing its movie showing. One by one is up. And guess what, today when I miss you, like a lot. I don't cry. Despite, I don't smile though. I keep remembering everything about us. Baby, I hope you're doing so good in there. I miss you damn so much.


Love,
When you first left me, honestly I can't even breathe. I lost my soul. Everything is black. Off. Nil. I can't even find my way back. And somehow, I still wanna be in the hole, in the world I create for so long, just to be with you, virtually. With our memories. But, I need to move on. I can't. It's hard. 'Cause you know what? You've been here in my heart for a long time. How can I forget about you?



Baby,
Today, I want you to know that yeah well maybe I've moved on. But still, I miss you. How I wish you still be here. Laugh at my silly jokes, be my best friends, talk like there's no tomorrow and so much more. I miss you so much. I know you know I miss you. You can see from the above, right? And baby, please take care of yourself. We can meet, soon. So soon. Wait for me. And if I can make a wish, I just wanna see you one more time, although in my dream.




I miss you. Always and forever.
Rest in peace, Danial Damian.
( 5 February 1993 - 13 May 2013)



Thursday, November 14, 2013

Since childhood till then

Aku lahir dekat Perak. Aku dibesarkan dalam kawasan kampung. Setiap hari aku cuma akan main dengan apa yang ada dalam hutan, petang-petang main dengan anak-anak kambing, tangkap belalang, kumpul berudu dalam tin, panjat pokok kelapa dan kutip biji getah. Kawan-kawan yang aku ingat cuma kawan-kawan sekolah tadika. Ya, sekolah agama pun aku tak pergi sebab aku sikit punya malas nak bangun pagi dan disebabkan itu juga aku selalu kena marah dengan ustazah sebab tak pandai baca jawi. Dekat sekolah semua kawan-kawan akan buat muka paling lahanat bila aku kena pergi depan baca tulisan jawi. Demn, aku benci keadaan macam tu. Ustazah suka kondem aku, paling kurang aku reti mengaji just for tulisan jawi aku failed.


Aku masuk sekolah tadika cina private, tapi tak ada la cina sangat, muhibah n full of mixed cultural jugak. Semua orang tengok aku pelik. Kawan-kawan gelakkan aku sebab hari pertama sesi mewarna aku warnakan orang dengan warna coklat dan semua orang warnakan manusia dengan warna oren. Dan keliling aku cuma nampak muka muka eh-kenapa-muka-kau-hitam-kau-masuk-sekolah-cina. Susah nak adapt fregmantasi kepala minda aku dengan orang lain. Kalau banyak tanya takut kena lempang pulak.

Back in 2000, di sekolah rendah aku lebih rapat dengan kawan-kawan macam Fiona, Dhiviya dan Darshini. Yang akan main dekat padang waktu rehat dan makan bekal dekat bawah pokok sama-sama tunggu mak aku dekat pagar untuk hantar bekal nasi, telur dan kicap. Waktu petang bila jiran-jiran main dekat taman, diorang akan main anak pantung dan aku akan kagum sebab seronok ke bercakap belai benda tak hidup?! And no one wants to play with me…… as aku masih collect berudu dalam lecak. There were not much I can remember today, as my childhood seems not interesting at all.


As I grew up, kebanyakan kawan-kawan aku lelaki Aiman dan Badrul, are my best friends. Aku benci warna pink. Aku tak tahu pakai pad kali pertama aku period umur 14 tahun, semua abah yang tolong ajarkan. Orang selalu ejek aku bila setiap kali baju sekolah aku bocor. Sebab aku jenis tak reti duduk diam. Kali pertama aku rasa dada aku membesar, Badrul dengan Aiman antara orang-oarang terawal yang sedar aku dah jadi perempuan. Selain main ejek-ejek nama bapak sampai menangis, budak-budak lelaki akan main tolak tolak dada "Eh kau apahal? Eh kau apahal?" sengaja nak rasa "dada baru". Macam haram, evendo mereka suka sundalkan aku, they know my existence in their life. Tak macam orang lain.




Sekolah menengah, masih dengan blue pinafore dress, rambut ikat ekor kuda lilit dengan riben putih. baju kurung boleh kira berapa kali aku pakai itupun hanya kalau ada kelas agama. kalau tak yang togel tak tutup aurat ni kena pakai telekung dalam kelas. Dalam masa itu juga aku jumpa kawan-kawan perempuan yang satu kepala dengan aku. Semua lain-lain kelas tapi bonding kami kuat bila datang taim rehat. Nasi lemak, laksa mesti complete dengan keropok lekor, port biasa mengumpat mencelakakan orang belakang pintu dewan. Alhamdulillah kekal bonding tu sampai sekarang, genap 7 tahun 7 orang semuanya.


Masuk pulak life dalam campus, aku jumpa orang paling jujur dalam hidup aku, first time kenal dia usha rambut aku " kau free hair ea?" motif apa aku tak tahu, tapi dia ada agenda dia sendiri, aku malas nak amik port. Yang suka menghina tulisan aku, keji sangat sebab burfday aku sama dengan dia, yang tiap-tiap malamnya suka tidur peluk aku, yang caring dan suka maki hamun aku time aku kena gastrik. Those guys yang aku jumpa yang betul-betul buat aku sedar kenapa tak perlu boastful mendabik dada yang tak berapa nak besar. Alhamdulillah masih tetap dengan aku beauty strangers.  



Kena pulak dah pandai ada social media sendiri. Dapat pulak kenal dengan orang yang kau tak pernah kenal pulak tu. Out of nowhere kau tiba tiba dapat tweet-tweet pelik. Accidently besok pagi check on interaction ramai pulak yang follow kau. Entah semena-mena celah bedah mana pun tak tahu. Yang kaki Stalker, kaki melucah, kaki gebang semua include dalam followers kau. Terima kasih sebab main follow walaupun tak kenal aku. Pretty stalker, pretty followers.


My best boyfriend left me on February 24th, 2012. Itu kira highlight kepada bapak segala buli, pengajar aku kenapa kena sabar walaupun jauh. Berat aku turun 10 kg mendadak sebab terlalu sedih.Maka aku jadi terus keting (Sebab fikir dah tak ada kawan, dan terlalu rindukan waktu-waktu gelak) Tapi bila fikir balik hikmah disebalik kejadian, my existence was just untuk dipergunakan semata. Masih bercakap belakang, masih jadi lalang, masih melaga-lagakan sesama sendiri macam diri sendiri tak ada pendirian.


I'm telling you a bit about my experience semasa membesar. Can't tell you much, tak cukup satu blog nanti jari aku dah lenguh. Straight to the point,

Kenapa kena hidup? pemahaman tentang hidup


Disebabkan hidup, ada orang yang bunuh diri, . Kesan seumur hidup, emotionally. Kau ingat semua troller dekat laman sosial yang kebayakannya tak pernah tunjuk muka berani sangat dalam dunia realiti? I asked one of a friend in my previous assignment, known as full time troller in Twitter, dia sendiri kata yang orang kuat troll ni selalunya adalah masalah mental tentang kehidupan dia in reality dan pendiam.


Life is simple when you thinks it going trough it smooth n simple way. Benda tu tak kusut mana pun yang suka kasi kusut sampai ikatannya tak boleh terurai kita sendiri. Kick your own ass kalau kau cakap hidup ni dah tak ada makna semata-mata sebab kau stress. Ini semua dunia, tuhan kasi denda sebab kau nakal. Sebelum kau nak masuk syurga kau kena dengar cakap Dia " Jalani hidup yang dia bagi ni dengan melakukan amal kebaikan, dan kau kena ada rasa bersyukur.."








Friday, November 1, 2013

Happy 20th

You don't know how much this number has been manipulated my life. I can't explain much.

I heard age is just a number. I bet weight is just a number too. Well, you know.. I've been so rebellious all this while disebabkan psychological and surroundings. I've been built by hatred and resentment. Rata-rata 30% jiwa dan jasad aku diselaputi baran dan juga kegilaan. And you knew that.


300 hari dah tamat. This one friend, bila aku nak sembang pasal 'dulu' mesti menyampuk "Dulu dah habis, bro". Sampai aku diam. Dan bila masa aku berniat nak bercerita pasal 'dulu' lagi, phrase itu terngiang dekat telinga dan membantu untuk aku tak bercerita. Bercerita secara lisan dan juga bercerita dekat sini.


Syukurlah, Tuhan dengar satu-satu dari ratusan doa aku. Dan mungkin juga doa-doa orang jauh untuk aku. He's being great all this while, cuma aku leka dan terlalu hidup in denial. Apatah lagi jauh dari sempurna.


Malam sebelum hari jadi, kawan yang 6 tahun dulunya pagi-petang-siang-malam bergosip dalam kelas ditakdirkan Tuhan mereka beri ucapan di whatsapp yang buat aku rasa nak meleleh. Social media in terms of dulu dan sekarang kan jauh beza. Jadi aku pandang itu satu miracle as in hadiah hari jadi dari Tuhan. No words can describe betapa bersyukurnya aku selepas 6 tahun Zaman Orbit Cinta Benjamin lah ni.


Happiness dia kau boleh rasa. At least, seeing them being happy in their own atmosphere makes you happy too. Maksud rasa memang betul-betul rasa. Ah susahnya nak explain! Dan kau sedar dalam banyak-banyak kawan yang baik sebenarnya adalah kawan yang mengingatkan solat masing-masing.

Dan cuba flashback hari-jadi setiap tahun. Aku rasa kebanyakkannya kelakar. Aku pernah kena lempang dengan Emak sebab nakal sangat, batang paip, penyangkut baju tu semua dah jadi tak terlalu mainstream untuk aku.. Masatu aku rasa  kejam sebab lempang sekuat hati 360 darjah buat pertama kali. Seumur ini bila fikir balik sebenarnya aku yang kejam sebab suka menyusahkan dan kelakuan aku melebihi batas kemampuan dia.

Kenapa 20? Secara ringkasnya, 20 umur kononnya nak tunang-kahwin. Tapi Tuhan denda sebab nakal sangat. Jadi Dia tak tunaikan impian sebab kita tak tunaikan apa yang patut. Kenapa 20? Sebab masa galau itu hari automatically kita akan jadi kreatif inovatif dalam pasif. Banyak saja benda nak dihasilkan termasuklah kononnya buku sekual Tentang bertajuk '20' yang manuskripnya dah tulis separuh nak dipendekkan cerita Mikaela (yang pertama) tiba-tiba jahanam. Tuhan sampaikan mesej "Susah sangat kan nak berganjak dari sedih, mari aku jahanamkan semua". Maka, jahanamlah Mikaela dan bukti-bukti sejarah-manuskrip-gambar segala dari sebuah laptop yang banyak berjasa dalam tempoh masa itu. Dengan itu lahirlah (yang kedua) dalam hidup ini, sebagai peneman baru. Nampak tak terang-terang Dia tolong?


Dunia terlalu kecil bila semua orang berkait dengan semua orang. Duduk satu meja, ex-girlfriend dia kahwin degan ex-boyfriend kau. Minggu lepas orang yang dua tahun dulu ajak kau kahwin delete kau dari Facebook. Musuh kau dulu kawan baik dengan kawan baik kau. Ex-girlfriend orang yang kau suka bestfriend kepada bestfriend kau. Dan dua orang yang satu suka kau zaman Mesolitik dan Paleolitik happened to be buddies? The fact is you don't know where exactly do you stand. I can say that I am desperately need people with positivity untuk neutralkan aku yang sarat dengan negatif ini. Ingat tak lemas ke? And to say that I am glad that Tuhan aturkan what kind of people yang patut masuk dan keluar dari hidup kau, yes, I am now.


Sempena hari jadi, dengan rendah diri aku minta maaf dengan kawan-kawan, dengan sesiapa saja yang pernah aku sakiti. Yang pernah makan hati ke apa-apalah, aku minta maaf sangat-sangat. Everyday is a learning phase. People changed. Feelings changed. Kita cakap pasal hidup. Pasal syurga neraka. Pasal dosa pahala. Pasal penyesalan dan hikmah segala benda. Kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. As time flies, aku percaya semua ada hikmah. Kenapa aku masih dekat sini, menulis ini.


And now aku tak sabar nak habiskan pengajian, ya kenapa?
Hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Untuk Ma dan Abah. Untuk yang selalu mendoakan. Dan untuk semua yang pernah meninggalkan.
Ya itu yang aku mahu.


Selamat Hari lahir, Marliana Zulkiflee.


Wednesday, October 30, 2013

Busy nampak?



“Early in my career... I had to choose between an honest arrogance and a hypercritical humility... I deliberately choose an honest arrogance, and I've never been sorry.” ― Frank Lloyd Wright


Kan I pernah kata.


Rezeki datang dari Tuhan, bukan dari manusia.
Sekali sekala cubalah dengar cakap orang walaupun orang tu muda ke tua dari you.


Me sibuk sangat sekarang. Betul-betul sibuk. Walaupun kais pagi makan pagi, kalau tak kais memang tak makan. Seminggu sekali makan nasi, kadang-kadang makan ubi. Alhamdulillah, masih broke, tapi happy. Tapi kalau you masih terus-terusan nak meroyan tak tentu pasal, I sarankan you muhasabah diri sebelum pandai-pandai suruh I beli cermin untuk cermin diri. I sikit pun tak berkudis kalau you asyik potpet potpet belakang I pagi petang siang malam.


Cuma I nak cakap sikit, kalau cuba buat orang sakit hati, satu hari nanti yang diludah jatuh ke muka sendiri.
Janji manusia tak sama macam janji Tuhan. Ingat!


I pelik betul bila orang panggil I tak matang disebabkan perangai I, dahtu nak I jadi macam dia, ma gad! memang tidaklah...
Mungkin definisi matang bagi dia ialah bercinta dengan pengkid atau laki orang kot.


Eh?

Monday, October 28, 2013

#Love




Jarang tweet, bila dah tweet terlebih manis la pulak..alahai rindunya ♥








Friday, October 25, 2013

Release Pain in Vein




            Here's the challenge. List the that you hear. 

Quote the lyrics if necessary. 
Set, go.



Zedd ft.Miriam Bryant - Push Play
" You painted black upon the whitest lies, you've seen them fall, you have seen them rise.."



Justin Timberlake - That girl
" People always staring, but I don't even care nothing about it.."




Katy Perry - Birthday

" We're living the life, We're doing it right, You're never gonna be unsatisfied.."




Maliq & D Essentials - Yang Pertama

" Biarlah menjadi rahasia, Diantara semua, kaulah yang pertama yang aku cinta.."




Miley Cyrus - We can't Stop

Remember only God can judge ya,Forget the haters cause somebody loves ya.."




Brian Mcknight - Back At One
" You came and breathed new life, Into this lonely heart of mine..."



Rihanna ft. Mikky Ekko - Stay
" Funny you're the broken one but I'm the only one who needed saving.."



Sheila On7 - Pemuja Rahasia
"
Mungkin kau takkan pernah tahu, Betapa mudahnya Kau untuk di kagumi.."



Law - Lover's Tiff
" The changes we don't even try, that we can't even regonize, the weakness.."



They Will Kill Us All - Bright Light
" Waste your time hiding ones who love you to run wild, 
and I'm waiting for you come to me.."



Statik - Cerita Kita
Hanya Tuhan yang satu Yang Maha Mengetahui, Apa yang telah terjadi.."








Sunday, October 20, 2013

Simple as that..



Lelaki kan?

Tak boleh tengok perempuan cantik. Apalagi bila takda kekasih, punya laju dia hulur hati.

“I love you”

Murah harga cinta untuk lelaki hanya kerana perempuan itu tak ada siapa. Sebagai tanda, perempuan itu dicop: AKU PUNYA.

Ungkap rindu sekadar teman, tapi niat lain kalau-kalau boleh buat skandal.

Capai telefon bimbit,
text perempuan;

“hai sayang...”

Tak ada ikatan. Panggil orang sayang-sayang. Ludah untuk kata ‘I miss you’ tinggi-tinggi , bila rasa tak suka: DIAMKAN DIRI.

Cuba fikir seluasnya pada diri sendiri bahwa sebenarnya adalah murah harganya beri hati pada manusia.


Kemudian bila perempuan itu ada krisis lelaki senang hati cakap ;

“no matter what, I’m with you..”

Murahnya memberi hati pada manusia..

Friday, October 18, 2013

Awak kena Kuat!

Awak,
Teruslah menjadi orang yang gagah.

Nikmati hidup awak,
Nikmati makan awak,
Nikmati setiap suka aktiviti awak,
Nikmati relationship dengan orang sekeliling awak,
Dan awak akan menemukan bahagia.

Langkah selepas bahagia, selepas awak berjaya dan puas dengan pencapaian hidup awak, baru awak fikir tentang seseorang.

Tapi bukan seorang lelaki yang berstatuskan 'boyfriend' . Tetapi lelaki yang berstatuskan imam buat awak iaitu suami pada jalan hidup awak.

*tepuk bahu sendiri sambil sebut nama panjang*

Aku gagah menjadi seorang wanita! Aku bahagia menikmati setiap inci hidup aku sekarang!



Wednesday, October 9, 2013

Kalau tak suka, boleh jalan.

Aku tak tahulah apa masalah manusia sekarang. Makin besar, makin menjadi-jadi perangai. Menangis lagi tiap malam, mengenang. Setiap hari aku peluk lutut yang sama, cerita yang sama diulang tayang, penuh kesal. Jenis aku, memang tak ambik port sejak zaman Firaun lagi. Jenis aku memang disisihkan kononnya sebab aku malas nak amik tau apa benda orang suka cakap belakang ni, tapi itulah perangai aku fikir positif awal-awal. In the end, fikir balik. Ingat senang nak lupa apa orang mengata pasal kita, kadang-kadang yang jenis cakap depan pun menyentap perasaan jugak. Hairan pulak aku kalau kau kawan, kawan baik, kawan sebilik kalau aku hembus jenis tak bertapis jugak.


Dah aku diamkan, menjadi-jadi. Tahan, sabar, tahan lagi, sabar lagi. Aku cubalah fikir waras, cuba lapik lagi rasa hormat. Tak tenangnya aku belajar. Aku kena batalkan niat aku, dahulukan keperluan dari kehendak. Aku kena korbankan cita-cita aku untuk banyak benda yang tak perlu pun aku huraikan satu-persatu. Tapi kalau dah kalau hari-hari aku kena tengok benda yang sama menahan dugaan Tuhan dengan durjananya perbuatan manusia, tak kan aku kena duduk diam macam orang lain yang memang tak ambik peduli?


Kita ni doklah sibuk nak menjaga hati orang, nak belajar adab hormat, nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Nak aku biarkan, hati aku. Aku bukan tuli.


Ini dahlah tak pernah tanya khabar, tau-tau kerja complete depan mata baru kau rasa them deserve get kau orang punya pujian. Kadang-kadang yang belakang tadbir berabih macam-macam, bersusah-susah untuk kau, sedangkan kau tak tahu. Tahu cerita, terus condemn.
Condemn, condemn, condemn. "orang melayu kita" Jangan jadi keji sangat boleh tak?


How can I be so positive, how can I live in positivity when surrounded by all these negative bastards?
You tell me. Tell me rite now!


Orang kata yang muda disayangi, yang tua dihormati.
Ini kalau dah mintak kaki, takkan nak biar kena buli?


Orang berbudi, kita berbahasa.
Kalau orang dah tak sudi, tak kan kita tak faham bahasa?


Aku tak kisahlah orang tak ambik peduli. Sikit pun aku tak heran. Bukan sombong, bukan berlagak. Tapi hidup kalau tak boleh menyenangkan biarlah tak menyusahkan. Kau ingat dengan jual kesian, perut boleh kenyang hati boleh senang? Kita memang boleh sedapkan hati masing-masing. Tapi cubalah kalau ada hati. ada akal sikit, fikir dalam-dalam sikit. kau fikir komited kau je? komited orang lain? Ya ampun tolonglah sekali dua pakailah otak sikit. People nowdays become moron. Tak peduli pasal orang lain. Terus menuding sebelum bertanya, dapat tau cerita terus jump into konklusi kononya dia lagi tinggi kastanya dalam kitab Deruma : sentiasa perfect. Macam tu baik kau upah malaikat buat kerja.


Busuk-busuk, aku.
Sakit pening, aku saksi.
Kalau tak suka, blah.


Aku dah pesan.
Jangan.
Sentuh.
Aku.
Kalau
Tak
Suka
Boleh angkat kaki langkah seribu.


Monday, September 30, 2013

Kasihan Yaya

Di depan Yaya sekarang ada sebuah kotak kecil comel  dengan senyuman paling manis yang pernah dilemparkan oleh sebuah kotak sepertinya. Yaya pula terkenyit kenyit membalas senyuman kotak kecil comel itu. Fikirnya, ini sayang. Fikirnya kali kedua, ini sayang dan kawan kawan akan berkata "Mana boleh bercinta dengan kotak, cinta tak berbalas rindu tak siapa tahu". Dan Yaya, berfikir kali ketiga, cinta itu syaratnya cuma memerlukan satu hati dan satu objek buat dicintai. Manakala rindu tak perlu siapa siapa tahu melainkan tukang merindu.

Yaya pandang kotak kecil comel lagi. Yaya bangun dan dia peluk kotak kecik comel itu. Peluk erat erat sampai jantung, usus besar dan kecil serta segala organ dalam tubuh badannya termasuk seketul hati yang daripada tadi berdebar debar macam tunggu keputusan periksa ikut sejuk, selesa.


Punya asyik berpeluk sampai Yaya terjelepuk ke lantai bersama dengan kotak kecil comel ketawa kecil. kotak kecil comel ketawa kecil, comel comel.

Macam ini, hihi hihi hihi.




Thursday, September 26, 2013

Drive to a better LIFE



How do you define LIFE?


Happy.Sad.Laugh.Misery.Smile.Cry.Hope.Pain.Today.Tomorrow.Family.Her.Him.Us.You.Me.Yes.No.Angry.
Hate.Love.Strong.Weak.Good.Bad.


Me?Be with the one who I can be myself. Truly myself. And I called them, HAPPINESS.

Tuesday, September 24, 2013

Escapism

Mudah. Cuba rehatkan sekejap kepala otak dan fikir. The simple, easy & cheesy way to show you how can we live in the simplest way kalau dunia tak seindah yang kita harapkan. Dengan mudahnya lagi, kita belajar pergi sekolah rendah, menengah, universiti, and it took us at least 17 years of studies dan keluar keluar je kena kerja, dan kerja, asset, kahwin dan segala serba serbi mak nenek. Who made that fucking system anyway?


It's okay, abaikan. Too serious too handle.


Hidup kan lebih indah kalau kita dapat buat apa yang kita suka. Lebih indah lagi kalau kita suka apa yang kita kerjakan tanpa perasan pun yang ia satu pekerjaan?


No, jangan berangan.
YOU GOTTA WORK, BABY.


We gotta try to explore what we can do to live life to the fullest by doing things we love. Escape from the hingar bingar kota, hiruk pikuk manusia, just anything we love, apa sebenarnya makna kehidupan dalam diri kita, bukan kehidupan yang manusia lain nak dalam kita. As simple as that.


Escape.


Sunday, September 15, 2013

Magiskan Ya Tuhan!




Tuhan kasihan pada kita yang tak boleh lagi melangkah gagah pada satu tempat yang kita selalu inginkan: sepertimana orang lain. Pada hati kita, ada jutaan caci maki atas kepergian yang sering datang tiba-tiba. 


Berdoalah pada ruang hati kecil dengan cukup sederhana. Tuhan sudah jadi followers kita ditwitter. Pada setiap rasa mahu dalam hati, kita juga boleh sampaikan suara itu; 


"Tuhan, aku mahu dia.." Disetiap kiraan 40 kali. 


Maka Tuhan akan membalas dengan mention; 


"Tink!"




"Let us meet each other with smile; for the smile is the beginning of love"





Wednesday, September 11, 2013

"Kalau sudah dinamakan itu harapan, ia tetap harapan"








Ada saja yang sangat memaksa
supaya takkan dapat berjumpa
Ada saja yang cepat terasa kerana tersalah
Pedulikah aku tentang semua..


Berkali-kali juga aku cuba, tapi berdas-das bala yang menimpa..
Berkali-kali juga aku cuba, tapi bertempek-tempek celaka yang menerpa..
Jadi aku buat keputusan untuk tak pedulikan lagi..




Wednesday, August 28, 2013

walking on Karma



skrip jalan tuhan memang tak dapat diduga, diputusnya harini, dijumpakan besok kepada seseorang yang tuhan kata : nah ini kau punya, berkawan 3 bulan, bersama sampai mati. kuasa jodoh, itu kuasa tuhan, bukan bermakna bersama 7-8 tahun itu dia milik kita.






Kalau jalani pada rasa tak mahu,
itu tak ikhlas.

bila tak ikhlas menjalani,
ia tak berkat. 

Lalu takdir,
akan menempatkan diruang yang lebih baik:

kau kena MOVE ON!



Monday, August 26, 2013

KITA JUARA !!

Percayalah entri aku kali ni bukan la berunsur lucah..

Dulu taim aku darjah 5 kawan-kawan sedarjah aku selalu cakap “ kalau cium dengan lelaki nanti mengandung”. Perghh, waktu tu nak cium bapak sendiri pun fikir 10 kali. Hahhaha masuk form 3 pulak aku belajar topic sains bab 3 : reproduction..itu jam, betul aku cakap budak laki xpernah ponteng sepanjang silibus topic reproduction tu dari A to Z. Tak payah la menipu, aku cabai mulut kamu sekor-sekor karang!

Cikgu aku cakap, kita ni bertuah sebab kita juara diantara spemin-spemin yang lain berjuang. So aku yang dalam akal budak-budak form 3  terfikir..macam mana  spemin-spemin tu berlumba, 


Andai kata la.....*tolong selami minda aku. HAHAHAA


Perlumbaan bermula…..







I guess masa ni mestilah kita berebut-rebut untuk jadi juara yedok?
Sooo kalau dah fight bagai..taim beranak nnt…




Hah! Tak ke lebam2 anak kau lahir nanti jah…HAHHAHAHAHAH



Apa-apa pun kepada sayang-sayang sekalian yang lahir ke bumi dari Rahim seorang wanita dan terciptanya dari keringat seorang bapa. Jadi sekalung TAHNIAH buat anda!



Saturday, August 3, 2013

This is What I'm

I was not born in a golden spoon.
I don't have a fairy tale life.
I don't buy fancy clothes and dine in expensive cafes and post it on instagram.
( Instagram pun tak ada )
It's not that I'm humble,
It's not that I don't want to show off,
It's because I do not have that kind of money to waste and spend.
I'm just ordinary.
You don't drop by my blog to just go 'ooohhh' and 'ahhhhh' about my extravagant stories.
All I can share are life experiences and positive words that I could think of, and I prefer for it to remain that way as long as I can.
Even when I have zillions of money to waste, and I have a perfect story of a fairy tale to share.


Today, I have collect my strength to start writing a resume but Ya Allah, susahnya nak start.
It's not that I don't have the idea on what to right, but I just don't feel like it.
Maybe I need my break, my holiday, after a long 5 and a half year of studies.
Unfortunately, what I wants and needs are getting larger and the list just can't stop and I really need to do something to change this lifestyle I'm having!
Malu nak still rely on both my parents.

So, marilah kita sama sama start tulis an extraordinary resume that employers just can 't say no to starting.....
from......
now.


Tuesday, July 30, 2013

Daifuku

I don't know who's watching me.
Sebab sini, kau perhati tanpa ngerti.
Percaya mata, tanpa telinga, masuk akal, mati pada konklusi.
It's just you... and your assumptions.

Bagus juga rasa 'bodoh' ini terbiar.
Dari dulu pendam.
Pernah jugak kenyang sekali dua hasil ini.
Bagus juga dibiar begini, biar pemerhati mati dengan konklusi sendiri.
Tentang hikmah kita; it took ages for someone to watch me, to fight over me, to question me, to exaggerate the story, to define me in their own interpretation by just 'lihat dan fahami'.

Hello sayang, manusia yang singgah dalam hidup realitinya pun ada masih yang pergi sebab tak mengerti ini pula setakat jenguk cerita marah dan harap baris-baris sedih dapat puaskan hati?

BimBo!

I have something big to tell you,
I but I can't tell you now,
so I decided not to tell.

Takut Ter-tuhankan manusia; terkufur nikmat.
Let me focus. I'll come out with something. 

Promise.

One day semuanya akan terungkai sendiri.







"Siapa sangka pertemuan tak mencecah sebulan boleh serapat bertahun-tahun lamanya."
 Tuhan selalu tersenyum melihat keberadaan kita bersama - Liyanazul 2013





Friday, July 26, 2013

Nak Biodata Boleh?

haha.

hari ni hari jumaat.

seperti post aku yg lepas-lepas.
telah aku katakan aku suke hari jumaat.
taktau?
tak bace blog aku letuw. huh. merajok kang.
haha gedik je.

sebenarnye.

aku teringat .
dulu waktu sekolah.
mase Fom 1 fom 2
kalo ade org nak bekenalan ngan aku. 
haha
mesti mintak biodata.haha.
cam hape je kalau ingat balik.

tapi. ini lah namenye kenangan.

tak semua ade kenangan indah ni kan.
tapi budak sekarang ni dah maju. Moden. millennium kan!
hehe
sekarang kalau budak lelaki nak kenal dgn budak perempuan.
ondespot je.

no hp bape?

awak ade email?
awak ade myspace?
awak ade fesbuk?

cube budak skrg nak kenal cakap.

awak nak biodata leh?
macam geli je dengor. haha
tapi yg geli tu la yg aku buat. Korang x? lantak korang la. haha
dulu kalo aku buat biodata nak bagi kat kengkawan
same ade laki atau pompuan.
mesti dimulakan dengan title seperti

-welcome to my biodata

-my biodata
-all about me
-lets check it out-si Gard disc are you 
haha perasan je kan.
dan yg seangkatan dengannye

Kebiasaannya mesti dimulakan dengan

nama,
nama panggilan,
Dob,pob,adress,umur,

bile part Makanan dan minuman kegemaran

confem jawapannye YANG HALAL.
haha.

kemudian diikuti dgn kenangan pahit manis masin tawor.

semualah.

idola mesti ada.adam, mawi. huh.

hehe
taim tu tade k-pop ok.

falsafah. prinsip. lagi hebat.

pernah aku buat prinsip hidup aku - pantang dicabar.
bile aku ingat balik. ade ke org nak cabar aku?
dan ye ke aku pantang dicabar???
haha gelabah je.

pastu falsafah yg aku sering diguna pakai dulu

ialah makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
maaf terpaksa kecikkan tulisan. malu. hehe

pastu kat bawah biodata tu biasenye diselitkan la dengan ayat-ayat power. hahaha.

sometimes rangkap lagu yg tgh top mase tu.

pastu aku teringat satu pepatah dari sorg membe aku.

kalo setiap kali nak buat biodata bagi kat bebudak laki.
die mesti tules,

first tengok muke, otak lain cerite. kalo rse Muke da power. Test jadik Pakwe.


ayat berani mati je kan. haha

kalo aku buat ayat tu skrg kat wall fesbuk
mesti dapat banyak LIKE. keke

kalo yg jenis kreatif meleleh tuh.

biodata dy. mak aih.
da mcm pelangi. berwarne warni.
dgn glitering punye pen siap.
taknak kalah.

kehkeh.


pastu last skali mesti ade tandetangan@autograph

stylo je sume sain time tu.
berbelit.
panjang berjela.

siap ade gmba ikan, siput, arnab dn sbgnye.

bile da buat biodata, pas-pas kat satu kelas,
huh
bangge je ade buku koleksi biodata kwn2.
seronok kan.

hmm. indah,


But kalau zaman sekarang :


awk, nak biodata bleh?

takbleh?
takpela.
dis is mycard. winkwink
haha.


Friday, July 19, 2013

Jolies étrangers, génial iftar.




Kalau boleh pilih, pilih warna ke hitam putih? 
Kalau tak diberi peluang untuk pilih, akur sajalah, senyum.

Kadangkala tragedi dan kemalangan pun boleh jadi SEDAP,percayalah.
Sama macam apa yang terjadi hari ini ; Random Awesome

















“Syukur, dia datang lagi.
Look how well we grow up,
After all these years, dolak dalih, drama antara kita antara bulan bulan biasa.
This is what gonna be next,
we will be better.
Not bitter.
Sama-sama kita baikkan amalan.
Do you feel like what I feel?
Bernafas dalam bulan mulia, ruginyaa kalau kita tak buat apa-apa.
Ramadhan kareem.”

- Liyanazul, 2013




Thursday, July 11, 2013

Beauty Strangers

  



















Banyak banyak rasa aku hendak kata tapi yang tinggal cuma sebak membuak kasih filem bersilih di kotak memori sahabat sejati jadi saksi takdir waktu sarat kenangan pada momen itu. Malam ini kita bergenggaman tangan terlihat nyata tapi tak terjelas. 




Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com