Friday, November 1, 2013

Happy 20th

You don't know how much this number has been manipulated my life. I can't explain much.

I heard age is just a number. I bet weight is just a number too. Well, you know.. I've been so rebellious all this while disebabkan psychological and surroundings. I've been built by hatred and resentment. Rata-rata 30% jiwa dan jasad aku diselaputi baran dan juga kegilaan. And you knew that.


300 hari dah tamat. This one friend, bila aku nak sembang pasal 'dulu' mesti menyampuk "Dulu dah habis, bro". Sampai aku diam. Dan bila masa aku berniat nak bercerita pasal 'dulu' lagi, phrase itu terngiang dekat telinga dan membantu untuk aku tak bercerita. Bercerita secara lisan dan juga bercerita dekat sini.


Syukurlah, Tuhan dengar satu-satu dari ratusan doa aku. Dan mungkin juga doa-doa orang jauh untuk aku. He's being great all this while, cuma aku leka dan terlalu hidup in denial. Apatah lagi jauh dari sempurna.


Malam sebelum hari jadi, kawan yang 6 tahun dulunya pagi-petang-siang-malam bergosip dalam kelas ditakdirkan Tuhan mereka beri ucapan di whatsapp yang buat aku rasa nak meleleh. Social media in terms of dulu dan sekarang kan jauh beza. Jadi aku pandang itu satu miracle as in hadiah hari jadi dari Tuhan. No words can describe betapa bersyukurnya aku selepas 6 tahun Zaman Orbit Cinta Benjamin lah ni.


Happiness dia kau boleh rasa. At least, seeing them being happy in their own atmosphere makes you happy too. Maksud rasa memang betul-betul rasa. Ah susahnya nak explain! Dan kau sedar dalam banyak-banyak kawan yang baik sebenarnya adalah kawan yang mengingatkan solat masing-masing.

Dan cuba flashback hari-jadi setiap tahun. Aku rasa kebanyakkannya kelakar. Aku pernah kena lempang dengan Emak sebab nakal sangat, batang paip, penyangkut baju tu semua dah jadi tak terlalu mainstream untuk aku.. Masatu aku rasa  kejam sebab lempang sekuat hati 360 darjah buat pertama kali. Seumur ini bila fikir balik sebenarnya aku yang kejam sebab suka menyusahkan dan kelakuan aku melebihi batas kemampuan dia.

Kenapa 20? Secara ringkasnya, 20 umur kononnya nak tunang-kahwin. Tapi Tuhan denda sebab nakal sangat. Jadi Dia tak tunaikan impian sebab kita tak tunaikan apa yang patut. Kenapa 20? Sebab masa galau itu hari automatically kita akan jadi kreatif inovatif dalam pasif. Banyak saja benda nak dihasilkan termasuklah kononnya buku sekual Tentang bertajuk '20' yang manuskripnya dah tulis separuh nak dipendekkan cerita Mikaela (yang pertama) tiba-tiba jahanam. Tuhan sampaikan mesej "Susah sangat kan nak berganjak dari sedih, mari aku jahanamkan semua". Maka, jahanamlah Mikaela dan bukti-bukti sejarah-manuskrip-gambar segala dari sebuah laptop yang banyak berjasa dalam tempoh masa itu. Dengan itu lahirlah (yang kedua) dalam hidup ini, sebagai peneman baru. Nampak tak terang-terang Dia tolong?


Dunia terlalu kecil bila semua orang berkait dengan semua orang. Duduk satu meja, ex-girlfriend dia kahwin degan ex-boyfriend kau. Minggu lepas orang yang dua tahun dulu ajak kau kahwin delete kau dari Facebook. Musuh kau dulu kawan baik dengan kawan baik kau. Ex-girlfriend orang yang kau suka bestfriend kepada bestfriend kau. Dan dua orang yang satu suka kau zaman Mesolitik dan Paleolitik happened to be buddies? The fact is you don't know where exactly do you stand. I can say that I am desperately need people with positivity untuk neutralkan aku yang sarat dengan negatif ini. Ingat tak lemas ke? And to say that I am glad that Tuhan aturkan what kind of people yang patut masuk dan keluar dari hidup kau, yes, I am now.


Sempena hari jadi, dengan rendah diri aku minta maaf dengan kawan-kawan, dengan sesiapa saja yang pernah aku sakiti. Yang pernah makan hati ke apa-apalah, aku minta maaf sangat-sangat. Everyday is a learning phase. People changed. Feelings changed. Kita cakap pasal hidup. Pasal syurga neraka. Pasal dosa pahala. Pasal penyesalan dan hikmah segala benda. Kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. As time flies, aku percaya semua ada hikmah. Kenapa aku masih dekat sini, menulis ini.


And now aku tak sabar nak habiskan pengajian, ya kenapa?
Hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Untuk Ma dan Abah. Untuk yang selalu mendoakan. Dan untuk semua yang pernah meninggalkan.
Ya itu yang aku mahu.


Selamat Hari lahir, Marliana Zulkiflee.


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com