Thursday, November 14, 2013

Since childhood till then

Aku lahir dekat Perak. Aku dibesarkan dalam kawasan kampung. Setiap hari aku cuma akan main dengan apa yang ada dalam hutan, petang-petang main dengan anak-anak kambing, tangkap belalang, kumpul berudu dalam tin, panjat pokok kelapa dan kutip biji getah. Kawan-kawan yang aku ingat cuma kawan-kawan sekolah tadika. Ya, sekolah agama pun aku tak pergi sebab aku sikit punya malas nak bangun pagi dan disebabkan itu juga aku selalu kena marah dengan ustazah sebab tak pandai baca jawi. Dekat sekolah semua kawan-kawan akan buat muka paling lahanat bila aku kena pergi depan baca tulisan jawi. Demn, aku benci keadaan macam tu. Ustazah suka kondem aku, paling kurang aku reti mengaji just for tulisan jawi aku failed.


Aku masuk sekolah tadika cina private, tapi tak ada la cina sangat, muhibah n full of mixed cultural jugak. Semua orang tengok aku pelik. Kawan-kawan gelakkan aku sebab hari pertama sesi mewarna aku warnakan orang dengan warna coklat dan semua orang warnakan manusia dengan warna oren. Dan keliling aku cuma nampak muka muka eh-kenapa-muka-kau-hitam-kau-masuk-sekolah-cina. Susah nak adapt fregmantasi kepala minda aku dengan orang lain. Kalau banyak tanya takut kena lempang pulak.

Back in 2000, di sekolah rendah aku lebih rapat dengan kawan-kawan macam Fiona, Dhiviya dan Darshini. Yang akan main dekat padang waktu rehat dan makan bekal dekat bawah pokok sama-sama tunggu mak aku dekat pagar untuk hantar bekal nasi, telur dan kicap. Waktu petang bila jiran-jiran main dekat taman, diorang akan main anak pantung dan aku akan kagum sebab seronok ke bercakap belai benda tak hidup?! And no one wants to play with me…… as aku masih collect berudu dalam lecak. There were not much I can remember today, as my childhood seems not interesting at all.


As I grew up, kebanyakan kawan-kawan aku lelaki Aiman dan Badrul, are my best friends. Aku benci warna pink. Aku tak tahu pakai pad kali pertama aku period umur 14 tahun, semua abah yang tolong ajarkan. Orang selalu ejek aku bila setiap kali baju sekolah aku bocor. Sebab aku jenis tak reti duduk diam. Kali pertama aku rasa dada aku membesar, Badrul dengan Aiman antara orang-oarang terawal yang sedar aku dah jadi perempuan. Selain main ejek-ejek nama bapak sampai menangis, budak-budak lelaki akan main tolak tolak dada "Eh kau apahal? Eh kau apahal?" sengaja nak rasa "dada baru". Macam haram, evendo mereka suka sundalkan aku, they know my existence in their life. Tak macam orang lain.




Sekolah menengah, masih dengan blue pinafore dress, rambut ikat ekor kuda lilit dengan riben putih. baju kurung boleh kira berapa kali aku pakai itupun hanya kalau ada kelas agama. kalau tak yang togel tak tutup aurat ni kena pakai telekung dalam kelas. Dalam masa itu juga aku jumpa kawan-kawan perempuan yang satu kepala dengan aku. Semua lain-lain kelas tapi bonding kami kuat bila datang taim rehat. Nasi lemak, laksa mesti complete dengan keropok lekor, port biasa mengumpat mencelakakan orang belakang pintu dewan. Alhamdulillah kekal bonding tu sampai sekarang, genap 7 tahun 7 orang semuanya.


Masuk pulak life dalam campus, aku jumpa orang paling jujur dalam hidup aku, first time kenal dia usha rambut aku " kau free hair ea?" motif apa aku tak tahu, tapi dia ada agenda dia sendiri, aku malas nak amik port. Yang suka menghina tulisan aku, keji sangat sebab burfday aku sama dengan dia, yang tiap-tiap malamnya suka tidur peluk aku, yang caring dan suka maki hamun aku time aku kena gastrik. Those guys yang aku jumpa yang betul-betul buat aku sedar kenapa tak perlu boastful mendabik dada yang tak berapa nak besar. Alhamdulillah masih tetap dengan aku beauty strangers.  



Kena pulak dah pandai ada social media sendiri. Dapat pulak kenal dengan orang yang kau tak pernah kenal pulak tu. Out of nowhere kau tiba tiba dapat tweet-tweet pelik. Accidently besok pagi check on interaction ramai pulak yang follow kau. Entah semena-mena celah bedah mana pun tak tahu. Yang kaki Stalker, kaki melucah, kaki gebang semua include dalam followers kau. Terima kasih sebab main follow walaupun tak kenal aku. Pretty stalker, pretty followers.


My best boyfriend left me on February 24th, 2012. Itu kira highlight kepada bapak segala buli, pengajar aku kenapa kena sabar walaupun jauh. Berat aku turun 10 kg mendadak sebab terlalu sedih.Maka aku jadi terus keting (Sebab fikir dah tak ada kawan, dan terlalu rindukan waktu-waktu gelak) Tapi bila fikir balik hikmah disebalik kejadian, my existence was just untuk dipergunakan semata. Masih bercakap belakang, masih jadi lalang, masih melaga-lagakan sesama sendiri macam diri sendiri tak ada pendirian.


I'm telling you a bit about my experience semasa membesar. Can't tell you much, tak cukup satu blog nanti jari aku dah lenguh. Straight to the point,

Kenapa kena hidup? pemahaman tentang hidup


Disebabkan hidup, ada orang yang bunuh diri, . Kesan seumur hidup, emotionally. Kau ingat semua troller dekat laman sosial yang kebayakannya tak pernah tunjuk muka berani sangat dalam dunia realiti? I asked one of a friend in my previous assignment, known as full time troller in Twitter, dia sendiri kata yang orang kuat troll ni selalunya adalah masalah mental tentang kehidupan dia in reality dan pendiam.


Life is simple when you thinks it going trough it smooth n simple way. Benda tu tak kusut mana pun yang suka kasi kusut sampai ikatannya tak boleh terurai kita sendiri. Kick your own ass kalau kau cakap hidup ni dah tak ada makna semata-mata sebab kau stress. Ini semua dunia, tuhan kasi denda sebab kau nakal. Sebelum kau nak masuk syurga kau kena dengar cakap Dia " Jalani hidup yang dia bagi ni dengan melakukan amal kebaikan, dan kau kena ada rasa bersyukur.."








No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com