Sunday, January 27, 2013

Inti Sang Angkasa

Aku sedang menulis dengan emosi separuh masak, ragu-ragu dan rumit. Monolognya ada sembilan, karutnya entah berapa, buat rohnya tunggal keliru. Ditenung langit dengan pewarna, atasnya ada bintang bersalut mentega, bulan yang entah digigit siapa, malam ini transmisinya ganjil. Perhatian dicuri dan dibaling-baling, sekejap dia datang sekejap dia pergi, lalu aku kejar untuk dapatkan kembali. Aku seperti kanak-kanak yang dibuli. Litar ini, rintangannya seni. Terlalu lancar gagal untuk cuba berhenti. Tangan dihentak, menekan-nekan deretan huruf yang kecil. Siapa-siapa, boleh tolong matikan suisnya. Jenerator juga perlukan rehatnya, tak cukup angkuh untuk terima, yang manusia cuma berjasad plastik kitar semula. Barisan limitasinya terlalu panjang ke belakang, cuma aku dan engkau yang terlalu angkuh untuk mengaku, begitulah manusia jika dikurniakan ego. 

Pejam celik pejam celik, puluhan tahun sudah berjalan, tetapi tak ada satu pun yang kita mampu selesaikan. Sama ada ketuhanan, kemanusiaan, atau hukum-hukum fizik yang bertimbun di perpustakaan, semua kita, hanya cukup-cukup makan. Imaginasi yang dulunya berlegar ramai, kini melenyap satu per satu, dua, tiga dan semuanya. Cita-cita yang tertinggal, sepertinya mainan di usia kita muda, yang dulu kita peluk ke mana sahaja. Merapuh, lalu terbuang seperti tak ada jasa. Bumi ini, habitat mereka yang yang tercemar, walaupun bukan semua, itu semestinya, cuba kita bilang sama-sama dan kita koordinasikan dua negara untuk mereka. Ya, begitu. Lihat? Ramai bukan bilangannya, ramai kan rakyatnya, tercemar. 

Seperti darwin dan kata-katanya, samalah pemimpin dan manifestonya. Politik dunia, rancak berkata-kata, aku lebih gemar judulnya jika tentang manusia yang lahirnya berjiwa, bukan robot yang terjana wang dan kuasa. Gubalkan masa hadapan yang bersaiz besar, kerana nyawa tak lama mana. Tak lama mana untuk kita taburkan merata-rata. Awan gelap semakin menghampir, dalamnya ada titis segala hiba. Ditepis sana sini, obsesinya masih sama, dosa dan dosa. Menabung untuk diseksa. Dimuntah syurga, diperkosa neraka. Diam. Masa mencemburui kita, bila ditunggu, makin perlahan geraknya. 

Cahaya dalam perjalanan, untuk selamatkan jiwa dari disedut lubang hitam, kecemasan kecemasan, aku gentar untuk sesat, walaupun hanya untuk milisaat lagi. Lekaslah laju lagi, cepat sampai dan jangan pulang. Jiwa perlu baja, untuk berdegup seribu tahun lagi. Akal kemudian dibawa pergi, destinasinya masih kabur tak ada diskripsi. Diformat berkali-kali, tah mahu berhenti. Berbulan madu di pluto, kan seronok tak ada siapa yang mengganggu konsentrasi. Sebenarnya aku tagihkan fasa yang begini. Lagi dan lagi, jawapannya menyorok terlalu sukar, dikorek dipujuk tetap berdegil untuk tonjolkan diri. Wadkan dia bersebelahan aku, biar dirawat bersama-sama, di bawah graviti rata dan saksama. Biar aku ada peluang berbicara. Sekurang-kurangnya aku punya waktu lagi untuk terus mencuba.


Saturday, January 26, 2013

Nota Poket Markisa

Bersenjatakan gincu-gincu merah yang terang,
engkau tumpahkan puisi-puisi indah nebula,
mediumnya, cermin-cermin rumah yang telah menempel lama.
nota untuk jiwa, takut-takut lupa,
katanya manja. senyumnya cantik terbias.

apabila dia, dilarikan mesin terbang ke antipode.
selalunya akan terhinggap, pesanan ringkas yang mesejnya jelas,
rindu berskala besar, rasa sayang yang berinti manis,
berkali-kali tak henti-henti. penting untuk aku tahu terasnya.
luah dia.

bila-bila dia terluka, gara-gara dentum petir yang hiba,
suaranya terus menuju ke aku, berbisik lemah, mengharap nyawa.
merayu perlahan, supaya dipulih rohnya ke fasa asalan,
dia memang selalu begitu, tak mahu berjarak dalam apapun.

aku duduk dan tersenyum,
khayal dengan candunya. mabuk dengan dua sayapnya,
lalai dengan bahagianya.

Matanya terus, senyumnya cantik.
Lalu terus ditanyakan tentang perasaan,
atas himpunan-himpunan syurga yang sepenuhnya kejutan.
Dan ya, ketika itu mulut ini tergamam.
Jujurnya venus, aku tersentuh dengan jiwamu.
Terlalu mendalam,
menekan-nekan di tengah dada yang selalunya penuh dengan mendung-mendung legap.
Terima kasih venus, untuk bahagia yang pastinya absurd untuk putus.

Lampau,sekarang, dan hadapan,
aku pilih untuk bernyawa. terus hingga bila-bila.



Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Pada hari yang indah ini sekali lagi kita diberi peluang bersama-sama untuk mengamati detik kelahiran Nabi kita Muhammad Bin Abdullah.. beliau merupakan idola dan tokoh bagi sekalian umat Islam..


mari kita sama-sama berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w bagi mengimbau kembali deitk-detik sejarah baginda..
semoga mendapat syafaat dan rahmat dariNya..







"Orang yang terdekat dengan pada ku pada hari Kiamat, adalah orang yang paling banyak berselawat keatas ku.." Hadis Riwayat Ar-Trimidzi

Siapa-siapa yang berpuasa pada harini, alhamdulillah.Kalau rajin lagi, selangi dengan solat Dhuha. Paling tidak pun, marilah sama-sama meraikan majlis Keramaian di kawasan anda yang terdekat, bole kutip pahala lebih. ♥

Kisah Lainnya - Ariel Peterpan

"Ditengah-tengah badai hidup, tidak jarang kita sebagai manusia menjadi seperti zombie. Tubuh kita hidup tapi jiwa kita meredup" --David (pemain piano kumpulan PeterPan)
Sebak.

Semua hanya kerana buku ini: KISAH LAIN-NYA (Catatan 2010-2012) tulisan Ariel PeterPan yang telah selesai dibaca.

Ambil masa yang cukup lama untuk berada dalam situasi buku ini. Benar, ia tidak mudah untuk bangun saat jutaan diluar sana menghukum manusia bernama Ariel.

 Rasa sebak dengan satu ungkapan dari Luna Maya;


"Kenapa kita diperlakukan seperti ini ya?"

Bila hidup kita terlalu pantas, jadi seperti itu: kejam tak terduga. Kita selalu didatangi kejutan tiba-tiba.

Aku terkesan dengan doa dari Ariel :

"Tuhan, jangan lupakan saya, jangan biarkan saya lepas tanpa arah"

Sungguh rasa tersentuh.
Jujur. Ini tulisan ariel yang pertama yang hendak kongsikan;

Menjadi Seorang Tahanan ,


"Lalu kau injakkan kakimu untuk pertama kalinya di situ. Kau mencoba untuk tenang, namun jantungmu berdetak keras. Kau mencoba untuk normal namun semua melihat pucat. Mencoba menguatkan diri tapi tanganmu bergetar. Pukul 2 pagi ini, setelah hari yang menegangkan dan menguras semuanya, membuat badan dan pikiran berjalan tidak searah. Pikiranmu tidak lagi menguasai badanmu, dan badanmu enggan mengenali pikiranmu." --Ariel PeterPan

Mendalam. Hingga dipertemukan dengan mengenali diri dari memahami fikiran kita sendiri.

Kemudian, aku sambung sentuhan yang telah menyentuh hati lagi.


"Saya melewati batas itu sambil menenteng tas berisi pakaian secukupnya. Tanpa melihat kebelakang, saya berjalan melewati puluhan orang yang memang sudah berada disana. Beberapa dari mereka mulai berdiri, seakan menyambut kedatangan saya. Lalu terdengar ada yang menyanyikan sedikit lagu "Ada Apa Denganmu", diikuti tawa."-- Ariel PeterPan.

Disana, Ariel menemui Pak Ustad. Tentang nama penuhnya, tidak ditulis dalam buku ini. Cuma, ada kata-kata dari Pak Ustad yang boleh kita pegang dalam hati dengan ungkapan ini;
"Jangan berkecil hati. Manusia diciptakan di dunia ini memang untuk bikin kesalahan, lalu memperbaiki diri. Kalau semua orang sudah tidak bikin kesalahan lagi, maka semua ini akan dimatikan oleh Tuhan, karena tidak ada lagi tujuan hidup"
Serius, aku merenung kembali tentang apa pun kesilapan dari aku sendiri. Ya, membaiki diri. aku akan bertambah lebih positif dan kuat untuk hidup yang penuh pancaroba.

Pada buku ini Ariel menceritakan tentang kehidupannya dipenjara. Tentang rindunya dia kepada cahaya matahari, dan rindunya dia pada tidur malamnya dimana otaknya sering berjalan saat dia cuba untuk lelapkan mata. Kasihan. Aku seakan boleh merasa keperitan itu.

Pada entri tulisan ini terlalu banyak ingin aku kongsikan. Tentang bagaimana berat yang ditanggung ariel kerana fitnah hingga dia menulis satu tulisan yang berjudul:

JIKA SAYA BERCERITA SEKARANG

'Jika saya bercerita sekarang' ini terbawa pada saya satu kisah. Tentang aib dan menuding salah pada orang lain hingga timbul fitnah. Benar kata ariel. Bila orang bercerita tentang kita, buruk kita atau apa pun tentang kita lebih baik diam.

Mereka ini hanya mahu dilihat jaguh dengan tuding jari pada setiap salah;

"Aku tak suka lelaki macam tu.."

"Eee, jahatnya dia.."

"Aku tak suka dengan lelaki yang bagi harapan"


Tuding jari salah orang. Tanpa lihat cermin pandang muka sendiri. Kalau lelaki letak harap, kenapa tidak diletak harga pada sosok seorang kita? Kemudian bercerita pada orang lain tentang buruk orang. Terima kasih.

'Jika saya bercerita sekarang' terlalu banyak memberi kesan positif.

Banyak.

Hebatnya buku ini adalah kuatnya David (pemain piano band PeterPan) yang bertempur sakit yang kritikal dihospital saat Ariel dipenjara dan beberapa teman mereka yang hilang dan yang ada hanya seorang.

Sehingga ditiupkan kata semangat pada David oleh Uki dengan;


"Mau operasi berapa kali pun, dan sampai kapan pun kami akan menunggu. Jangan menyerah"
Hingga apabila satu saat, David lebih parah di hospital dengan khabar yang lewat diterima Uki.

"Maaf karena saya tidak tahu, maaf karena saya "tidak ada.."

Sadis sangat kisah nilainya seorang sahabat itu setia hingga ke akhirnya disamping temannya yang lain tidak kira saat suka dan duka.



Wednesday, January 23, 2013

Cursing Profaniti

Orang boleh salahkan semua benda,
Macam kes Bawani dengan Listen & Let me speak tu? 
*apa kena mengena??!*

Long distance relationship
The mumbling soda
Burger bakar Wangsa Maju 
yang sedap plus mahal nak mati,
Cara dia bermain dota, 
padahal aku xpower pun main,
Selulit segala..

bila dia dah tak suka.

Tapi itulah,

tak akan ada seorang pun yang akan cakap benda-benda camni straight to the face. Tak akan ada yang berani nak mengaku dia sebenarnya yang teruk.

Ini ialah masalah orang kita yang paling ketara sekali yang aku nampak dalam masyarakat. Masalah yang buat mereka-mereka ni susah nak maju. Dia suka buat benda biar dia yang jadi mangsa keadaan, dan dia la yang paling suci. Dia suka percaya lagi kat Maya Karin dalam Ombak Ghindu tu .

Macam aku cakap, takut nak jadi someone yang teruk.

Cakap je lah, terus terang apesal tak suka dah.

Aku dah nampak cara gah kau tu,
megah tak bertempat,
Kau tweet cam retis sangat la..
sumpah ramai orang takkan suka.


Ha, best tak jadi someone yang teruk? Best kan? Senang seperti ABC. 


Sekarang ni aku rasa sangat rajin tulis blog. Lagi satu, tak nak kutuk orang . Aku nak jadi orang yang berbudi bahasa tahun ni. Puih.

Maknanya tak boleh tulis bahasa sampah, piggy (melainkan memang refer kat piggy tu), anjing (melainkan memang refer kat anjing), jadah, sial, siot (tapi macam tak pernah je aku tulis kat blog or mana. ke pernah?).

Aku bayangka tulis benda-benda macam ni pun boleh buat aku stress.

2 tahun lepas aku ada gaduh dengan kawan aku, lelaki. Dia tak puas hati aku marah dia tak buat kerja time prep. Aku cakap dia suka ambil kesempatan kat kawan-kawan, dia ungkit pasal dia ni dari keluarga baik-baik tak boleh terima teguran aku yang maha kasar ni.

Maka aku kena lebih berhati-hati untuk tolong orang macam ni. Atau berkawan pun. Eh, koranglah yang kena berhati-hati sebelum kawan dengan aku.


Kadang-kadang sebab aku kasar, dia orang lupa. Bukan aku yang terhutang budi dengan dia orang. Bila bergaduh baru la korang buat aku terfikir nak ungkit benda-benda ni.

Well, ada juga benda fed up yang aku hadap in that year. Tapi, biasalah tu. Sekarang ni bila aku down je, aku ingat satu falsafah yang mudah iaitu "makan nasik lagi bagus".

Aku tau ada orang yang benci aku. Aku nak korang tau, yang aku suka makan nasik. Ok tu je.

Kalau kau kenal aku personally, mungkin kau juga akan benci aku sebab aku arrogant, konon pro nasihat orang, kuat mengarut meraban (mengarut  tu aku kira dah macam bernafas je).

Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada orang yang pernah menjadi kawan-kawan aku sebab terhiris dengan sikap aku. Serius, aku minta maaf.


Dan kalau kita berkawan act macam takde apa-apa jadi aku rasa macam awkward pula nanti. Aku tak suka membangkitkan rasa tak selesa sesama kita manusia amboi naw. Alah, korang bukan hingat pun pasal kejadian lepas-lepas tu kan. So kita sama lah. Kalau jumpa kat luar jangan buat-buat tak kenal. Ok?

Aku ni manusia sentiasa ada buat salah kan, kalau tak pernah buat salah jangan jadi manusia la yedok?

P/s: finally Azam dah boleh terima aku ni  seorang perempuan walaupun maha ganas tu tetap ada kat mata dia. Hope 2 tahun lepas punya cerita hapus dalam buku 3 lima ok..


Monday, January 21, 2013

The Damian's

Tiba-tiba handphone vibrate and tertera nama mama. Mama ajak makan tengahari dengan kak Dzara & abg Saufi yang baru balik yesterday. Terharu mama ingat lagi Liya..* wanna cry..huhhu, Gegas bersiap menghala ke Bandar Muar. Nasib baik ada Lil' bro yang awesome hamik, if not..memang citer dia, I terpaksa mintak tolong abg Dzarif pickup me kat Uni ni..


Sopan je Ewan bawak kereta, 60km/h +  lagu era 70' I guess..urghhh! " fuhhh~ bawak anak dara orang kena bawak lemah lembut katanya" hahah Trololol


"Jalan susur penglipur lara, 
kononnya mahu jadi laksamana; 
Bukan memang nasib tuan hamba, 
hendak menjadi pilihan raja."





Out of mind, capture bontot kreta orang haha..nak race tp depan tu ada AES..brain stop dreaming la~
*Pakai instagram, bole la gambar nice cenggini kan *


"Bila anda dah menjadi punca salah faham orang lain, 
segera lah beredar sebelum menjadi punca orang lain memukul anda"


"Each of your breaths is a priceless jewel,
 since each of them is irreplaceable and once gone, 
can never be retrieved."




Jalan Bandar yang seakan bandar Zombie..menghadap sinar mentari saat waktu mencecah tahap maksima.
dan ini benar aku kata gila, kalau ada manusia kata cahaya mentari semacam ini elok untuk mata.


Menggantung foto ke langit, 
mengecat dinding yang berkapuk di dada waktu, 
mengisi akuarium masa dengan kenangan lepas, 
meletakkan jam di atas peti kaca tv silam, 
menghentakkan kaki ke lantai selepas kipas masa berhenti menerima kenyataan.
Melompat dari fasa 7 ke atas fasa 24 dalam 1 pejam celik. 
Tik tok waktu berubah laju, 
sederap dalam pemikiran silam lalu berubah. 
2013 kembali ke 1999, 
di mana saat bermula untuk 1 cita-cita, 
2 impian, 3 penipuan, 
4 kerosakan, 5 kejayaan, 
6 orang kawan, 7 orang musuh 
dan selebihnya mimpi sehingga hari ini.
Adakah saya seorang yang telah sampai waktu? 
Untuk saya atau untuk mereka? 
Adakah kerana kita terbang melepasi masa sekali lagi?





Bilik ni tak berubah, since first time jejak umah mama, a lots of thing ada dalam bilik ni..there's a treasure that I can't found anywhere; Memories ♥ 
* Terkejut! that Lil' Kitty we called Bobby, kemain gemok. comel kan! *


"Kita ingat Dia, 
Dia akan ingat kita. 
Saya ingat awak, 
awak akan ingat saya. 
Semoga tiada penghujungnya."




sejuk mata memandang, Indah kan? sekarang baru aku faham kenapa orang suka tangkap gambar awan. 



"Imaginasi dalam mimpi adalah kehidupan saya. 
Saya keluar dari fikiran manusia 
dimana saya berada dalam dunia 
yang anda tak mampu untuk fikirkan"

“It’s good to be back on the right track, again”



 Feels like I forgot somethin bout here. apa ye?

"Hujan is pouring down the earth, 
angin is whispering to your ear..
don’t you listen? 
It’s something out of spoken ryhmes."




“Basikal saya ada raga di hadapan, 
jiwa di tengah & beban di belakang. 
Semoga sukses untuk saya menempuh jalan di hadapan. Amin.”



Today i'm really happy just like I have hug tightly the entire whole of my precious life..
Having lots of joy dengan mereka berdua yang senget..tanx for both of you (Fakhrul and Ewan)
Syukur masih ada peluang ikatan ukhwah dengan family mama, walaupun cara dan masa yang berbeza & tak seperti dulu like we'all cherish gather happily together.

Moga Tuhan sentiasa melimpahkan rezeki yang melimpah ruah, dan kebahagian tiada penghujungnya buat family papa & mama, Amin~~♥ 




Sunday, January 20, 2013

Romeo & Juliet


The meaning of the feeling that comes upon me,
when you’re looking at me,
and the scent I’ve left behind for something else,
there’s a different feeling,
how can you’re eyes be close,
can still see everything,
I wonder if your whole entire day,
was still beautiful without me.


Don't say anything sad,
that will make me cry,
or make you leave,
so that you and me alone,
can remain in this beautiful state,
in this world my days and your nights,
oversee a similar ending,
my lover, let’s close our eyes,
and dream together.

give it up, can you see the light?
give it up, there’s ain’t no one here
give it up, it’s our only way
can you see the light in me ?

give it up, don’t be scare my love
give it up, there’ll be song for you
give it up, let the flowers rejoice
can you see the light in me ?


thought inside me,
my heart has basically been chaotic,
I’ve found my path for the first time,
if another morning we were together again,
I would’ve given everyone,
that kind of happiness as a gift.

Friday, January 18, 2013

Tarik Tali



Pertanyaan seorang sahabat,

Liya, macam mana nak face "Dia" sedangkan aku tahu dia ada pilihan lain, tapi dalam masa yang sama dia sentiasa amik berat tentang aku. Aku keliru sangat-sangat macam kena dumb pun ada kadang-kadang. Aku ni hanya membuang masa dan hari? Aku ni terlalu mengharap? or Kau pun akan kata sesuatu yang sama dengan apa yang kawan-kawan aku akan kata ' Jangan terlalu mengharap just teruskan je ke hadapan ada jodoh tak kemana' . ? And kalau aku pilih tak menunggu dan one day ada seorang insan datang dalam hidup aku and I accept and tetiba dia datang kat aku and nak aku wujud dalam hidup dia macam mana pulak?

Hai,

Sahabat,

Kalau aku ditempat kau, aku akan tanya mahu aku dalam diri aku sendiri. Pertama, tentang keyakinan dan risiko.

Sahabat,

bercinta dengan siapa pun risiko tetap ada. Jauh atau dekat semua telah tertulis.
Untuk tidak mahu menunggu, bagi aku, kalau aku ditempat kau, aku akan berterus terang tentang rasa aku dengan orang yang aku suka dengan berpegang atas prinsip percaya.

Sahabat,

Kepercayaan itu bukan kita hanya letak pada dia, tetapi letak pada hati kita tentang sejauh mana. Kalau kita rasa kita mahu dia, suka dia, cinta dia, rasa dalamnya pada dia, teruskan. Jarak jauh dekat itu letak pada sesuatu tempat yang dikatakan 'ranjau'. Ranjau, ranjau ni pancaroba yang ada disetiap pelusuk sudut. walaupun, pada saat kita sudah berkahwin sekalipun, ranjau tidak berehat. Malah, tetap terus datang dan datang.
Tentang kalau ada insan lain tiba-tiba datang dalam hidup kau dan kemudian si Dia ini kembali pada kau: saat kau rasa keliru adalah kerana kau sendiri tidak ada kemampuan keyakinan yang tinggi.

Pilih.

Tetapkan pilihan kau. Jangan pernah takut untuk buat pilihan yang salah. Kerna pada pilihan yang salah itulah detik dimana pilihan yang betul itu diterjemah: terbentang luas.

Tanya.

Tanya si dia itu tentang bagaimana dia meletakkan kau pada hati dia?
Ada tak sikit rasa dia pada kau untuk tetap terus bermain bunyi? Kalau ada, nah. Cuba lah. Pesan pada dia alunkan rentaknya, jangan mainkan.

Sahabat,

Aku mengerti setiap rasa benar bohong tipu dari hati kau. Tentang rasa yang kita mahu tapi terbatas. Tentang penafian awal tentang rasa kita tapi akhirnya sebaliknnya.

Sahabat,

Tanya diri kau,
Tanya diri dia.

Beri satu keputusan dimana letakkan satu keyakinan untuk memilih apa pun pilihan kau. Ingat, kesilapan itu selalu datang dulu sebelum kenikmatan itu datang.
Jangan pernah takut untuk membuat pilihan, kerana setiapnya itu telah tertulis siapa orang yang bakal mendampingi kita hingga hujung nyawa, juga sampai jannah akhirnya.


Jadi titik permulaan kau harus YAKIN!



Tuesday, January 15, 2013

Admirasi Sunyi


nama kamu aku
hirup pelan pelan tak deras
setajam mata memanah ujung
kemulan tidur yang
kuremas
keras.
biar bergoyah harap tetap
terkedap di mulut
tersematkan di jiwa
tubuh kulit hati
tak luput.

aku tetap mau mengenal kamu.



Friday, January 11, 2013

Tunggu 1 jawapan


kau kisahkan aku
dalam puisi-puisi
malam-malam
pagi-pagi
aku terjaga, aku terjaga

kesempatan paling aman untuk langit terus biru
kesempatan paling panjang untuk aku terus tunggu

katakan saja kau mau aku
jadi pacarmu
pencintamu
perindumu
aku tertunda, aku tertunda

seperti ada kesempatan paling aman untuk langit terus biru
seperti itulah kesempatan paling panjang untuk aku terus tunggu

aku lelah, runut bunyiku hilang

sesungguhnya; cinta itu amat keparat

ditunggu rasanya penat
dikejar pastinya tak larat



kenapa bila engkau sudah dijaga dan disifatkan sempurna untuknya namun dia masih menidakkan tentang perasaannya pada engkau.penat kan menunggu?



Wednesday, January 9, 2013

Memo Untuk Venus


"betapa cinta itu benar-benar gila

selautan garam bisa jadi gula

semalu tajam bisa jadi bunga"


gila. gila.

nah, ambil saja hati aku

tapi jangan sekali-kali kau cuba rangkul kalau cuma mau meraciknya di angin lalu

ambil saja jiwa aku

jangan sekali-kali kau cuba peluk kalau kau tak bisa untuk merindu

gila.



Saturday, January 5, 2013

Rutin Separa Gila


sebenarnya
sebelum aku mendapat ruang pandangan itu
aku berharap engkau duduk menunggu
menunggu aku melintasi ruang mata kamu


dan seperti biasa
setelah dikurnia ruang pandangan yang jelas
kecewa semalam dan semalam-semalam adalah sama seperti sekarang
kerana kamu tiada disitu
dan datang satu bisik harapan: "mungkin kamu tunggu di sebelah sana"
pantas aku berlari
dan..
kecewa tadi adalah sama dengan kecewa yang sekarang
dan datang bisik harapan tadi: "esok masih ada"


arghhh!!! gilakan!!
entah..
harap rutin ini akan berubah suatu hari nanti.


note : Kita hanya akan dinilai, bila diri kita sudah tiada dari pandangan dia barula kita tahu kita punya HARGA.



Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013


Persoalan memang takkan lenyap dalam kehidupan.Hari ini,semalam,minggu lepas,bulan lepas ada saja yang mencetus tanda tanya.

Tanya dan jawab sendiri.Dan lagi dan lagi dan lagi.Ada kala itu langkah yang bijak,dan ada waktu dalam tidak sedar semuanya hanya buang masa dan sia-sia.

Nafsulah yang selalu jadi punca,dan disebabkan mesin masa itu karut belaka, salah satu daripada format questionnaire kamu adalah Bila.

Bila? when? shen me shi hou? mata? quand? itsu?

Lihat sahabat lama pandu Mazda RX8. Hati yang terusik berbisik,

"Aku bila lagi?'

Usia dh cecah 20 tahun. Titik peluh sendiri dan bukannya menangguk harta karun mak bapak. Tiada komitmen langsung dengan mana-mana multilevel business dan skim-skim untung cepat yang melambak-lambak sekarang. Sebab itu aku fired up, jangan perasan bagus dengan Mazda tu kalau daddy kamu jgk yang kena install. Nescaya aku akan gelak berintikan kahak. Teori global akan kata, nothing is impossible.

Mungkin boleh percaya.Tapi bila? Bila giliran aku? setahun? 5 tahun? 10 tahun?

Entah, aku tak tahu. Have faith!

Nenda sibuk ceramah zaman dulu umur 20 -an dah bole dapat 5 orang anak. Nenda now people talk with money, no money, tak ada kebahagiaan. I'm not talk about materialistik side, tapi kalau ekonomi tak stabil macam mana nak kasi family makan? but i'm promise nenda, I'll marry someone soon, as long tuhan tu kata diari jodoh tu untuk kami. Nasib baik ada kroni-kroni jahat yang naik ambulans datang kutip. Berbuih-buih mulut beri nasihat dan ayat-ayat keramat. Isya' sampai subuh dengar ceramah. Akhirnya keluar satu madah yang berhelah,

"You deserved have someone like him"

Ya rite,memang! memang! memang! tapi bila? tunggu abis degree la.

*COP!*


Kenapa semua cerita pasal kahwin nie?

dah takda ayat lain yang aku ucapkan pada mereka, jawapan yang menampak masih ada lagi rasa hormat.

Have faith!

Angan-angan suatu hari nanti mahu terbangkan ibu dan abah ke Tanah Suci. Selalu sangat derhaka, apa salahnya menabur sedikit jasa sementara mereka masih ada. Cuci dosa, ambil bau syurga.

Tapi bila aku akan mampu buat begitu?

Entah, aku pun tak tahu. Have faith!

Sebenarnya,dalam kehidupan manusia akan sentiasa berkehendak dan berhajat. Itu semua sudah jadi lumrah. Ada yang makbul, ada yang awal-awal lagi sudah ditolak dan ada juga yang bakal diperkenan.

Jadi, sebagai seorang hamba kepada pencipta kita tidak akan terlepas daripada bergelumang dengan trivia yang bakal mencetuskan konflik dalam diri masing-masing dan bila terlalu asyik dan leka bersahabat dengan segala macam persoalan, alignment untuk jiwa akan terancam. Syukur apa yang ada, ambil krayon dan conteng masa depan. Yang lain, itu kerja yang maha. Jangan gatal-gatal tanya pada Dollah Badawi, A. Samad Said mahupun Amber Chia. Mereka pun tengah conteng kertas yang sama macam kamu.

Belukar minda manusia terhad.


Assalamualaikum Tahun 2013. Tahun berganti tahun, juga masa dan hari. yang baik ditingkatkan, yang buruk perlahan-lahan tinggalkan. Yang masih disisi dihargai, disayangi sementara masih ada. Jangan penat kejar cita-cita. Aku pun tak tahu nak jadi apa? engineer ? didik anak bangsa terus maju ke depan? hurm atau tunggu rezeki jatuh ke riba?


Dengar cerita perut kak sara sudah ada isi, kembar lg? aku ada harapan la nie? haha



*Mengarut*


Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com