Wednesday, January 23, 2013

Cursing Profaniti

Orang boleh salahkan semua benda,
Macam kes Bawani dengan Listen & Let me speak tu? 
*apa kena mengena??!*

Long distance relationship
The mumbling soda
Burger bakar Wangsa Maju 
yang sedap plus mahal nak mati,
Cara dia bermain dota, 
padahal aku xpower pun main,
Selulit segala..

bila dia dah tak suka.

Tapi itulah,

tak akan ada seorang pun yang akan cakap benda-benda camni straight to the face. Tak akan ada yang berani nak mengaku dia sebenarnya yang teruk.

Ini ialah masalah orang kita yang paling ketara sekali yang aku nampak dalam masyarakat. Masalah yang buat mereka-mereka ni susah nak maju. Dia suka buat benda biar dia yang jadi mangsa keadaan, dan dia la yang paling suci. Dia suka percaya lagi kat Maya Karin dalam Ombak Ghindu tu .

Macam aku cakap, takut nak jadi someone yang teruk.

Cakap je lah, terus terang apesal tak suka dah.

Aku dah nampak cara gah kau tu,
megah tak bertempat,
Kau tweet cam retis sangat la..
sumpah ramai orang takkan suka.


Ha, best tak jadi someone yang teruk? Best kan? Senang seperti ABC. 


Sekarang ni aku rasa sangat rajin tulis blog. Lagi satu, tak nak kutuk orang . Aku nak jadi orang yang berbudi bahasa tahun ni. Puih.

Maknanya tak boleh tulis bahasa sampah, piggy (melainkan memang refer kat piggy tu), anjing (melainkan memang refer kat anjing), jadah, sial, siot (tapi macam tak pernah je aku tulis kat blog or mana. ke pernah?).

Aku bayangka tulis benda-benda macam ni pun boleh buat aku stress.

2 tahun lepas aku ada gaduh dengan kawan aku, lelaki. Dia tak puas hati aku marah dia tak buat kerja time prep. Aku cakap dia suka ambil kesempatan kat kawan-kawan, dia ungkit pasal dia ni dari keluarga baik-baik tak boleh terima teguran aku yang maha kasar ni.

Maka aku kena lebih berhati-hati untuk tolong orang macam ni. Atau berkawan pun. Eh, koranglah yang kena berhati-hati sebelum kawan dengan aku.


Kadang-kadang sebab aku kasar, dia orang lupa. Bukan aku yang terhutang budi dengan dia orang. Bila bergaduh baru la korang buat aku terfikir nak ungkit benda-benda ni.

Well, ada juga benda fed up yang aku hadap in that year. Tapi, biasalah tu. Sekarang ni bila aku down je, aku ingat satu falsafah yang mudah iaitu "makan nasik lagi bagus".

Aku tau ada orang yang benci aku. Aku nak korang tau, yang aku suka makan nasik. Ok tu je.

Kalau kau kenal aku personally, mungkin kau juga akan benci aku sebab aku arrogant, konon pro nasihat orang, kuat mengarut meraban (mengarut  tu aku kira dah macam bernafas je).

Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada orang yang pernah menjadi kawan-kawan aku sebab terhiris dengan sikap aku. Serius, aku minta maaf.


Dan kalau kita berkawan act macam takde apa-apa jadi aku rasa macam awkward pula nanti. Aku tak suka membangkitkan rasa tak selesa sesama kita manusia amboi naw. Alah, korang bukan hingat pun pasal kejadian lepas-lepas tu kan. So kita sama lah. Kalau jumpa kat luar jangan buat-buat tak kenal. Ok?

Aku ni manusia sentiasa ada buat salah kan, kalau tak pernah buat salah jangan jadi manusia la yedok?

P/s: finally Azam dah boleh terima aku ni  seorang perempuan walaupun maha ganas tu tetap ada kat mata dia. Hope 2 tahun lepas punya cerita hapus dalam buku 3 lima ok..


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved liyamarliana.blogspot.com