Persoalan memang takkan lenyap dalam kehidupan.Hari ini,semalam,minggu lepas,bulan lepas ada saja yang mencetus tanda tanya.
Tanya dan jawab sendiri.Dan lagi dan lagi dan lagi.Ada kala itu langkah yang bijak,dan ada waktu dalam tidak sedar semuanya hanya buang masa dan sia-sia.
Nafsulah yang selalu jadi punca,dan disebabkan mesin masa itu karut belaka, salah satu daripada format questionnaire kamu adalah Bila.
Bila? when? shen me shi hou? mata? quand? itsu?
Lihat sahabat lama pandu Mazda RX8. Hati yang terusik berbisik,
"Aku bila lagi?'
Usia dh cecah 20 tahun. Titik peluh sendiri dan bukannya menangguk harta karun mak bapak. Tiada komitmen langsung dengan mana-mana multilevel business dan skim-skim untung cepat yang melambak-lambak sekarang. Sebab itu aku fired up, jangan perasan bagus dengan Mazda tu kalau daddy kamu jgk yang kena install. Nescaya aku akan gelak berintikan kahak. Teori global akan kata, nothing is impossible.
Mungkin boleh percaya.Tapi bila? Bila giliran aku? setahun? 5 tahun? 10 tahun?
Entah, aku tak tahu. Have faith!
Nenda sibuk ceramah zaman dulu umur 20 -an dah bole dapat 5 orang anak. Nenda now people talk with money, no money, tak ada kebahagiaan. I'm not talk about materialistik side, tapi kalau ekonomi tak stabil macam mana nak kasi family makan? but i'm promise nenda, I'll marry someone soon, as long tuhan tu kata diari jodoh tu untuk kami. Nasib baik ada kroni-kroni jahat yang naik ambulans datang kutip. Berbuih-buih mulut beri nasihat dan ayat-ayat keramat. Isya' sampai subuh dengar ceramah. Akhirnya keluar satu madah yang berhelah,
"You deserved have someone like him"
Ya rite,memang! memang! memang! tapi bila? tunggu abis degree la.
*COP!*
Kenapa semua cerita pasal kahwin nie?
dah takda ayat lain yang aku ucapkan pada mereka, jawapan yang menampak masih ada lagi rasa hormat.
Have faith!
Angan-angan suatu hari nanti mahu terbangkan ibu dan abah ke Tanah Suci. Selalu sangat derhaka, apa salahnya menabur sedikit jasa sementara mereka masih ada. Cuci dosa, ambil bau syurga.
Tapi bila aku akan mampu buat begitu?
Entah, aku pun tak tahu. Have faith!
Sebenarnya,dalam kehidupan manusia akan sentiasa berkehendak dan berhajat. Itu semua sudah jadi lumrah. Ada yang makbul, ada yang awal-awal lagi sudah ditolak dan ada juga yang bakal diperkenan.
Jadi, sebagai seorang hamba kepada pencipta kita tidak akan terlepas daripada bergelumang dengan trivia yang bakal mencetuskan konflik dalam diri masing-masing dan bila terlalu asyik dan leka bersahabat dengan segala macam persoalan, alignment untuk jiwa akan terancam. Syukur apa yang ada, ambil krayon dan conteng masa depan. Yang lain, itu kerja yang maha. Jangan gatal-gatal tanya pada Dollah Badawi, A. Samad Said mahupun Amber Chia. Mereka pun tengah conteng kertas yang sama macam kamu.
Belukar minda manusia terhad.
Assalamualaikum Tahun 2013. Tahun berganti tahun, juga masa dan hari. yang baik ditingkatkan, yang buruk perlahan-lahan tinggalkan. Yang masih disisi dihargai, disayangi sementara masih ada. Jangan penat kejar cita-cita. Aku pun tak tahu nak jadi apa? engineer ? didik anak bangsa terus maju ke depan? hurm atau tunggu rezeki jatuh ke riba?
Dengar cerita perut kak sara sudah ada isi, kembar lg? aku ada harapan la nie? haha
*Mengarut*
keep it up dear. Always by your side even you know Im buzy all the bullshits things. Support you. Loving you. ;)- Anonymous
ReplyDeletetanx..baca je jgn fikir macam, sy suka mngarut sensorang :)
ReplyDeleteLuahan rasa hati buat pengajaran untuk orang lain. Ala fkir macam-2 pun tetap sama. Sdikit pun x berubah. Itulah kita. :) -Anonymous
ReplyDelete